Tuesday, January 21, 2020

Sambutan Maulidur Rasul SMK Benut 2020

TARIKH : 16 Januari 2020 (KHAMIS)
MASA : 9.00 pagi hingga 1.00 ptg
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

LATAR BELAKANG

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SMKB. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

OBJEKTIF

1)      Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
2)      Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
3)      Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan  memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
4)      Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
5)      Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam  memartabatkan Pendidikan Islam.

RINGKASAN MAJLIS

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Baiduri pada jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan budaya Al-Quran, selawat dan marhaban. Kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa, tayangan video dan juga slaid. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua SMKB, En. Zulfidy bin Hj Monel. Dalam teks ucapannya, tuan pengetua berharap sambutan maulidur rasul ini dapat di imarahkan lagi dan dijalankan sepanjang tahun.

Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust. Rusydi Ramli & Heliza Helmi. Pengisian ceramah sangat padat dan dipenuhi dengan nasihat dan motivasi kepada warga SMKB dalam memperingati hari bersejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis berakhir pada jam 1.00 ptg. Warga SMKB dijamu dengan nasi beriani yang mana meneruskan tradisi makan di dalam dulang. Di harap majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan dan beramal. 













Kejohanan Sukantara SMK Benut 2020




Acara Sukantara adalah salah satu program di bawah Unit Kokurikulum yang diadakan sebelum menjelangnya Acara Kejohanan Olahraga Tahunan bagi setiap tahun. Acara Sukantara ini merupakan kesinambungan daripada Acara Merentas Desa yang telah diadakan pada 11 Januari 2020 yang lalu. Pungutan mata yang diperolehi dalam acara tersebut akan digabungkan bersama pungutan mata yang diperolehi oleh setiap rumah sukan di dalam Acara Sukantara. Keseluruhan mata yang diperolehi di dalam kedua-dua acara sukan tersebut akan dibawa ke acara kemuncak iaitu Acara Kejohanan Olaharaga Tahunan.

Pada tahun ini, Acara Sukantara ini melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Acara Sukantara diadakan selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Acara bermula pada jam 2.30 petang dimana semua guru dan murid berkumpul di Dtaran Baiduri, SMKB untuk menjalankan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh guru rumah sukan masing-masing. Murid-murid telah diberi penerangan tentang perjalanan Acara Sukantara semasa perhimpunan pagi oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran. Setiap murid dikehendaki melaksanakan 4 acara sukan iaitu Acara Lari 100 Meter, Acara Lari 400 Meter, Acara Lompat Jauh dan Acara Lontar Peluru. Setiap murid dikehendaki melepasi tahap yang telah ditetapkan untuk memperolehi 2 mata bagi setiap acara. Murid-murid diberi galakan untuk menyertai setiap acara kerana setiap penyertaan walaupun tidak melepasi tahap yang ditetapkan akan diberikan 1 mata. Pada jam 3.00 petang, semua murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing mengikut acara sukan yang telah ditetapkan oleh guru.

 Keseluruhan perjalanan bagi 4 acara tersebut berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi Sistem Giliran Acara yang telah ditetapkan. Ini memudahkan perjalanan acara yang berlaku secara serentak bagi keempat-empat acara. Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan.


Secara keseluruhannya perjalanan Acara Sukantara Peringkat SMK Benut 2017 berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Acara Sukantara tahun 2020. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.


Sunday, January 12, 2020

Kejohanan Merentas Desa SMK Benut 2020


TARIKH : 11 Januari 2020 (Sabtu)
MASA : 7.20 pagi hingga 11.30 pagi



Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Benut yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKB. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini melibatkan murid-murid tingkatan 1 hingga 5 mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Panglima, Laksamana, Bendahara dan Temenggung.

Matlamat utama aktiviti ini diadakan bertujuan untuk:

1)      Membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada murid-murid di SMK Benut, Pontian.
2)      Mengeratkan hubungan silaturahim, setia kawan di antara warga pendidik dengan murid dan sesama murid.
3)      Berkonsepkan semangat setia kawan dan semangat ingin maju di samping berlumba-lumba untuk menang.
4)      Larian ini sebagai seiring dengan satu mesej kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah.

     Aktiviti bermula seawal jam 7.20 pagi. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 7.30 pagi, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh Pn Faridah bt Tahir. Selepas itu, En. Khalil memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tepat jam 8.30 pagi, acara merentas desa bagi kategori lelaki dimulakan.  Semua murid lelaki dilepaskan mengikut kategori diikuti kemudiannya dengan acara merentas desa kategori perempuan. Aktiviti berakhir pada jam 11.30 pagi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga terima kasih atas segala usaha dari warga SMKB dalam menjayakan aktiviti merentas desa tahun ini.


 


















Anugerah Pelajar Cemerlang PT3 2019


12 Januari 2020: Satu majlis penganugerahan murid-murid cemerlang tingkatan 3 2019 telah dijalankan pada hari Ahad (12 Januari 2020) di Dewan Baiduri, SMKB. Murid-murid ini telah diberi sijil penghargaan dan cenderamata tanda terima kasih sekolah atas segala usaha yang ditunjukkan sehingga memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

            Majlis dimulakan dengan upacara penyampaian anugerah kepada murid cemerlang PT3. Anugerah disampaikan oleh Pn Roby bt Abd Hamid, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Benut diiringi oleh En Ahmad Shamsuddin bin Marin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Murid yang cemerlang ialah :


BIL.
NAMA
PT3
1.
AINUL NADIA
9A
2.
LIYANA BALQIS
9A
3.
TAN ZI YENG
7A 2B
4.
ZARIFAH NUR NAFISA
7A 2B
5.
MUHAMMAD NUR NAZMI
7A 1B 1C
6.
NG YI TING
6A 3B
7.
LOH PEI CHIN
5A 4B
8.
NG ROY YU
5A 4B

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dan akan lebih maju jaya di masa hadapan













PELANCARAN ZERO PONTENG 2020


TARIKH : 12 Januari 2020 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Pelancaran Program Zero Ponteng 2020  telah diadakan dengan jayanya pada 12 Januari 2020 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

PROGRAM yang direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) ini bertujuan untuk :
§  Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
§  Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
§  Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
§  Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Majlis pelancaran hari ini turut diselitkan dengan pemberian penghargaan kepada murid-murid hadir penuh pada tahun 2019. Murid-murid tersebut adalah :


BIL.
NAMA
KELAS
1.
Nurhanie Nadhirah bt Mohamad Norrizal
5 IS
2.
Loh Wei Kiat
5 IS
3.
Nurul Izzah Aqilah bt Omar
5 IS
4.
Nurul Najwa bt Abd Aziz
3 IS
5.
Nur Balqis bt Jais
3 IR
6.
Nabilah Husna bt Abd Basir
3 IR
7.
Muhammad Syakir Ihtisyam bin Hamidon
3 IR
8.
Tee Jing Quan
3 IK

      Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan memberi kesedaran kepada murid untuk datang ke sekolah dan zero ponteng bagi tahun 2020. Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi menghargai usaha murid serta memberi dorongan kepada rakan-rakan yang lain.











Thursday, January 9, 2020

Majlis Semaian Budi Semarak Kasih





Pada tanggal 9 Januari 2020, sebuah Majlis Semaian Budi Semarak Kasih telah diadakan untuk meraikan perpindahan Pn Siti Irana ke sekolah baru. Majlis perpisahan ini diadakan di Dewan Baiduri, SMKB bersama murid-murid Puan Siti Irana akan berpindah ke SMK Parit Betak.

Pada jam 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan masuk yang diraikan diiringi oleh guru-guru kanan. Majlis yang dipengerusikan oleh Pn. Hafizah ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin untuk memberkati majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan. Dalam ucapannya, Pn Siti Irana berterima kasih atas segala didikan dan tunjuk ajar, juga meminta maaf atas segala kesilapan sepanjang berada di sekolah ini. Sesi ucapan disambung dengan acara penyampaian hadiah kepada yang diraikan. Antara yang memberi hadiah pada majlis tersebut adalah seperti Koperasi, PIBG, KEBIRU, Pentadbir, Staf Sokongan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bidang Bahasa, Bidang Sains & Matematik, Bidang Kajian Kemasyarakatan, Bidang Teknik & Vokasional, Guru-Guru Tingkatan 6, kelas yang diajar dan juga hadiah perseorangan. Majlis perpisahan  diakhiri dengan bait pantun dari pengerusi majlis tanda terima kasih dan semoga ukhwah akan terus terjalin.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis. Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan sepanjang hayat.