Sunday, February 28, 2016

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Benut kali ke-42

25 Feb 2016(Khamis): Kejohanan Padang dan Balapan 2016 ini merupakan usaha ke arah memenuhi visi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang dalam melahirkan bakat-bakat baru pelapis atlet sekolah yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat kejohanan sukan ini adalah untuk membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada para  pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian serta mengiratkan hubungan silaturrahim, setia kawan di antara warga pendidik sesama pelajar. 

Majlis telah dirasmikan oleh Yb. Datuk Ir. Hj. Hasni Bin Mohammad (Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ADUN Benut). Majlis dimulakan dengan perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan dan upacara menaikkan bendera kejohanan dan diikuti dengan persembahan senamrobik daripada kelab senamrobik serta acara akhir olahraga kejohanan. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Rumah Panglima sebagai juara sekaligus merangkul johan keseluruhan antara rumah-rumah sukan. Tahniah juga diucapkan kepada para atlet dan pelajar-pelajar yang menjayakan kejohan sukan ini. Diharap kejohanan sukan sekolah ini dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar dan melahirkan pelajar-pelajar yang cergas dan cerdas dan berjaya. We Are The Best!

 
 

 
 

 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 

 

 
 



Ceramah Pencegahan Penyakit Berjangkit, HIV/AIDS dan Talesemia

28 Februari 2016: Satu ceramah berkaitan penyakit berjangkit denggi dan virus zika telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB. Semua murid tingkatan 1 telah ditaklimatkan berkaitan punca, gejala dan kaedah membasmi yang betul. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Nuzul Hazwin Binti Mohamad dengan dibantu oleh Pn. Siti Aminah (Staff Nurse) dan dua orang staff daripada Klinik Kesihatan Benut. 

Pada sesi ke-2 pula ceramah berkaitan dengan Talesemia, HIV/AIDS dan gejala sosial telah disampaikan kepada semua murid tingkatan 4. Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kesihatan sekolah akan memberikan manfaat kepada semua peserta yang terlibat.






Ceramah Hidup Cemerlang
 dan 
Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

23 Feb 2016 (selasa) : Ceramah hidup cemerlang disampaikan oleh Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pontian. Ceramah tersebut telah diadakan di Dewan Baiduri Smk Benut yang melibatkan pelajar-pelajar Smk Benut. Selain itu, terdapat juga pameran daripada AADK yang menerangkan tentang bahaya dadah dan juga peralatan serta ubat-ubatan yang mengandungi dadah secara sedar mahupun tidak sedar. Ceramah ini juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya dadah dan kesannya terhadap masa depan pelajar. Diharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar di dalam menuju masa depan yang lebih cemerlang.We Are The Best!


 

 

 



Saturday, February 27, 2016

Aktiviti Pendakian Gunung Lambak Oleh Pengawas

27 Feb 2016: Pelbagai kursus dan program telah dijalankan bagi meningkatkan tahap kepimpinan dan kecergasan semua ahli lembaga pengawas. Kali ini program mendaki Gunung lambak telah dijalankan bagi memberikan keyakinan dan jatidiri yang kental bagi mengharungi cabaran.

Tahniah kepada semua pengawas dan guru-guru pengiring yang terlibat. Semoga aktiviti sebegini dapat memberikan suntikan semangat sewaktu menjalankan tugas yang diamanahkan. SMKB We Are The Best.

Tuesday, February 23, 2016

Pilot Test e-RPH Frog Vle untuk semua pentadbir



23 Feb 2016: Semua pentadbir telah mengikuti Bengkel Pembinaan Rancangan Pelajaran Harian Frog Vle. Bengkel dikendalikan oleh En Ariffin dengan dibantu oleh Pn. Misslina dan Pn Emalina.

Hasil daripada perbengkelan ini, semua pentadbir akan menjalani Pilot Test untuk pelaksanaan e-rph frog vle yang akan diperluaskan kepada guru-guru tingkatan 6 dan akhirnya kepada semua warga guru SMKB

Monday, February 22, 2016

Hari Pengasas Pengakap Daerah Pontian

22 Februari 2016: Tarikh 22 Februari merupakan Hari Pengakap dan sempena dengan hari tersebut, pasukan pengakap SMKB telah menyertai pertandingan sempena Hari Pengasas Pengakap Daerah Pontian. Berikut adalah keputusan pertandingan yang disertai:
  • Kraftangan Pengakap Remaja (Johan)
  • Kraftangan Pengajap Muda (Naib Johan)
  • Mewarna Pengakap Remaja (ketiga)
  • Mewarna Pengakap Muda (Naib Johan Dan Ketiga)
  • Buku skrap Pengakap Muda (Ketiga)
  • Buku skrap Pengakap Remaja (Naib Johan)
Tahniah kepada pasukan pengakap. SMKB We Are The Best.

Taklimat Pengurusan Organisasi Kepimpinan dan Hala Tuju Oleh "SIP +"

22 Februari 2016: Semua pentadbir telah dibimbing oleh En. Esa Bin Dasim, Pegawai "School Improvement Partners (SIP +)" dalam pengurusan organisasi kepimpinan dan hala tuju. Sebanyak 13 item yang disentuh terutamanya dalam Penyediaan Perancangan Strategik Kurikulum, HEM dan Kokurikulum serta Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21.

Semoga dengan bimbingan yang diberi SMKB akan terus melakar kejayaan dalam menghasilkan murid yang berjaya dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.


Sunday, February 21, 2016

Majlis Perasmian
Bulan Penghayatan Bahasa
Smk Benut

21 Feb 2016 (Ahad): Sebuah Majlis perasmian bulan penghayatan bahasa telah diadakan bagi melahirkan para pelajar yang berketrampilan dan dapat menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu serta mengembangkan bakat pelajar dalam pelbagai bidang yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan matlamat pendidikan negara. Antara objektifnya adalah:
  • Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Memberi peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang.
  • Mewujudkan pertandingan yang sihat antara individu dan kelas.
  • Mencukil bakat pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam semua pertandingan koakademik Bahasa Melayu peringkat daerah dan negeri.
Perasmian Bulan Penghayatan Bahasa dimulakan dengan gimik pelancaran daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 yang bertemakan kejatuhan dan kebangkitan di dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Selain itu perasmian tersebut juga disajikan dengan persembahan Tarian Endang dan main zapin yang dipersembahkan oleh pelajar Smk Benut. Deklamasi sajak Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina daripada pelajar tingkatan 5.

Para pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan sepanjang Bulan Penghayatan Bahasa bagi memartabatkan lagi penggunaan Bahasa di peringkat sekolah. Antaranya adalah:

Pertandingan Bahasa Inggeris
  1. Scrabble
  2. Treasure Hunt
  3. Wonder Word
  4. Story Telling
  5. Book Mark
  6. Public Speaking
  7. Word Puzzle
Pertandingan Bahasa Cina
  1. Kaligrafi Cina
  2. Kuiz
  3. Deklamasi Sajak
  4. Teka Teki
Pertandingan Bahasa Melayu
  1. Pertandingan Sahibba 
  2. Pertandingan Menulis Esei
  3. Pertandingan Pidato /Syarahan
  4. Bersyair
  5. Kuiz Bahasa / Komsas 
  6. Berbalas pantun
  7. Forum Remaja
  8. Teka Silang Kata
  9. Cerita Klasik
  10. Pertandingan Membuat Buku Skrap
  11. Deklamasi Sajak
  12. Bahasa Ala Parlimen