Sunday, July 31, 2016

Sekolah Penyayang
"Majlis Sambutan Hari Lahir"


31 Julai 2016 (Ahad):Program Guru Penyayang yang berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang telah menjadi satu amalan para guru di dalam membudayakan sikap kasih sayang di Smk Benut.Pembudayaan ini dapat dilihat di dalam usaha sekolah di dalam mewujudkan sekolah tanpa rasa takut dimana guru-guru menjadi teladan yang baik serta pendorong yang berkesan dan pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-muridnya.Pihak sekolah yakin dengan memperkasakan program seperti dapat membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. 


Justeru itu, pihak sekolah dengan berbesar hati telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi pelajar yang lahir pada bulan Januari hingga Ogos 2016. Seramai 115 orang pelajar turut serta meraikan ulang tahun mereka pada hari ini. Setiap pelajar yang menyambut ulang tahun kelahirannya diberikan cup cake dan mengadakan resepsi memotong kek secara beramai-ramai.Diharap pembudayaan ini dapat memberikan impak yang besar di dalam diri para pelajar serta sentiasa rasa disayangi oleh para guru. 

Tidak dilupakan juga guru yang telah banyak berjasa di Smk Benut yang menyambut ulang tahun kelahiran beliau pada hari ini iaitu Cikgu Asiah Binti Abdul Aziz dan Cikgu Mastura Bin Amat. Semoga terus cemerlang bersama Smk Benut. We Are The Best!


 
 
 
 
 
 

Sambutan Hari Raya 


27 Julai 2016 (Rabu): Di dalam menyambut kemeriahan Aidil Fitri, pihak sekolah Smk Benut telah mengadakan Sambutan Hari Raya  dalam kalangan pelajar. Sambutan diadakan selepas waktu rehat dan dimulai dengan marhaban daripada para pelajar tingkatan satu hingga enam diiringi oleh guru-guru tingkatan di dewan baiduri secara beramai-ramai. Antara objektif sambutan ini adalah untuk mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan pelajar serta memupuk budaya bekerjasama dalam kalangan pelajar-pelajar Smk Benut. Disamping itu juga sambutan ini juga memberikan kesempatan kepada warga Smk Benut untuk meraikan Aidil Fitri. Kemeriahan dapat dilihat apabila budaya kunjung mengunjung antara kelas ke kelas dibuat oleh para pelajar dan guru bagi menikmati juadah yang disediakan serta bermarhaban. Semoga budaya yang baik ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. 
       
 












 

Pertandingan Bola Sepak B18 Peringkat Daerah Anjuran Sdaha



19-21 Julai 2016 : Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SMK Benut kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas berjaya mengalahkan SMK Tan Sri Osman Mohd Saat 4-0.We Are The Best..

Jamuan Aidil Fitri Asrama Asli SMKB

28 Julai 2016: Jawatankuasa asrama asli SMKB telah menganjurkan Jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun 2016. Aturcara dimulakan dengan solat isyak berjemaah di surau. Seterusnya tetamu dan warga asarama ke dewan makan untuk acara jamuan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang serba sederhana ini tetapi cukup meriah dan bermakna.

Untuk gamabar-gambar seterusnya sila klik Di Sini   atau    Di Sini

Monday, July 25, 2016

Pertandingan Memasak 
Anjuran 
Bidang Teknik dan Vokasional



20 Julai 2016(Rabu): Sepanjang berlangsungnya bulan Teknik dan Vokasional, beberapa aktiviti telah diadakan, antaranya adalah pertandingan memasak antara kelab. Seramai 18 buah pasukan yang terdiri daripada 3 orang pelajar telah menyertai pertandingan. Menu yang perlu disediakan adalah bebas di bawah kos RM10.00. Antara objektif pertandingan ini adalah memberi galakkan kepada pelajar untuk menyediakan makanan sihat serta menanamkan semangat persaingan secara sihat dalam kalangan pelajar. Juri bagi pertandingan memasak ini terdiri daripada guru-guru Kemahiran hidup (KH) yang berpengalaman dan pernah  memenangi pertandingan masakan bersama Maggi sebanyak 2 kali. 


 
 
 
 

 

 

 
 
 
 

 




Untuk melihat gambar-gambar seterusnya sila klik DI SINI