26 April 2010 – Tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut yang berjaya mendapat tempat Naib Johan (NURATIKA BINTI ABU AMAR) dan Ketiga (ZAINUR ATIKA BINTI IBRAHIM) dalam pertandingan Tulisan Khat sempena Ekspo Makanan Halal yang diadakan di Masjid Benut, Pontian. Warga SMK Benut bangga dengan kejayaan anda ini.
19 April 2010 – Tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut, iaitu Siti Nadiah Binti Abd Rahman (1 Ibnu Rusyd) kerana telah berjaya mendapat JOHAN dalam Pertandingan Ping Pong MSSD Pontian Kategori perseorangan bawah 18 tahun Bukan Pelajar Perempuan Cina yang telah diadakan pada 14 hingga 15 April 2010 bertempat di SRJK (C) Pei Chun, Pontian. Pelajar ini turur terpilih bagi mewakili daerah Pontian ke peringkat negeri Johor yang akan diadakan pada Sabtu, 24 April 2010 di Muar, Johor.
Seterusnya, tahniah kepada pelajar Amirul Farid Bin Dahlan (1 Al Farabi) yang telah berjaya mendapat tempat KEEMPAT perseorangan Bukan Pelajar Lelaki Cina bawah 18 tahun yang diadakan di tempat yang sama.
Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pengurus pasukan Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Mohd Amin dan jurulatihnya Encik Hazim Bin Siron atas kejayaan cemerlang pertandingan ini.
19 April 2010 – Tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Baling L18 SMK Benut yang mendapat NAIB JOHAN di Kejohanan Bola Baling MSSD Pontian yang diadakan pada hari Rabu, 14 April 2010 bertempat di padang SMK Sri Tanjung, Pontian, Johor.
Berikut senarai pemain yang mewakili perlawanan tersebut :
Bil
Nama Pemain
TINGKATAN
1.
JOESEPH HO ZU XU
5 RK / IBNU SINA
2.
LEE CHIN KIAT
5 IBNU RUSYD
3.
MOHD FIRDAUS BIN MD SHAH
5 AL KINDI
4.
MOHD SYUKRI BIN MONTIL
5 AL BIRUNI
5.
LEE WAI SENG
5 AL BIRUNI
6.
ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID
5 AL FARABI
7.
MUHAMAD HARIZ BIN ZAHID
4 IBNU KHALDUN
8.
MUHAMMAD DANIAL HISHAMUDDIN BIN ISA
4 IBNU RUSYD
9.
TAN RUI LIN
5 RK / IBNU SINA
10.
MOHD NAZRUL BIN MASWAN
5 AL FARABI
11.
MOHD HANIF BIN SUPAAT
5 AL BIRUNI
12.
GAN LEI HAN
5 IBNU RUSYD
Tahniah kepada 5 orang pemain yang berjaya terpilih mewakili Daerah Pontian untuk ke peringkat Negeri, iaitu JOESEPH HO ZU XU, LEE CHIN KIAT, MOHD FIRDAUS BIN MD SHAH, MOHD SYUKRI BIN MONTIL, dan LEE WAI SENG.
Warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Pasukan Encik Mohd Akmal Bin Mohd Khalid serta Jurulatih Encik Hatta Bin Mohsin dan Encik Ismail Bin Ahmad yang memberikan komitmen dan kecemerlangan semangat kepada para pemain sehingga kejayaan dicapai dalam perlawanan Bola Baling ini.
19 April 2010 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mohd Dzulkarnain Bin Mohd Amin (pelajar PraU5) yang berjaya mendapat tempat KEEMPAT dalam Kejohanan Petanque Piala Ketua Polis Daerah Batu Pahat kali ke-2 yang diadakan pada 17 dan 18 April 2010 bertempat di padang Petanque, Taman Flora, Batu Pahat.
Tahniah diucapkan juga kepada Nurul Husna Binti Saiman (pelajar 4 Ibnu Rusyd) yang berjaya mendapat tempat di kedudukan 16 terbaik pasukan daripada 70 pasukan yang bertanding.
Seterusnya, tahniah diucapkan kepada Mohd Syafiq Bin Burhanuddin dan Riduan Bin Samsuri (pelajar PraU5) yang turut mendapat kedudukan 32 terbaik keseluruhan.
Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan bangga atas kejayaan cemerlang anda.
17 April 2010 – Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-32 telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Aros Bin Ibrahim.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Fauzi Bin Sunawan (Setiausaha Sulit Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Ucapan penghargaan dan terima kasih daripada PIBG kepada para ibu bapa dan guru yang memberikan komitmen yang berterusan dan dapat hadir pada mesyuarat tersebut. Semoga segala perancangan dan program yang diatur akan mendapat kerjasama semua pihak.
17 April 2010 – Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2009 dalam peperiksaan STPM, SPM, PMR dan Peperiksaaan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2, dan 4 telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi di Dewan Baiduri, SMK Benut dengan suasana yang cukup meriah dan perasaan bangga dalam kalangan mereka yang menerima anugerah tersebut.
Majlis ini merupakan satu penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah atas kejayaan cemerlang yang ditunjukkan oleh para pelajar terhadap pencapaian pelajaran mereka. Kategori yang diberikan antaranya, pencapaian keseluruhan terbaik peperiksaan, peningkatan terbaik mata pelajaran serta prestasi peningkatan pelajar dalam tingkatan. Pelajar yang berjaya menerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan cenderahati daripada pihak sekolah.
Majlis perasmian dan penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Fauzi Bin Sunawan (Setiausaha Sulit Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Pada majlis tersebut juga pemberian anugerah panitia mata pelajaran terbaik (peningkatan peratus tiga tahun berturut-turut) dalam peperiksaan STPM, SPM dan PMR.
Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan mengharapkan kesungguhan yang berterusan dalam pelajaran bagi meneruskan peningkatan yang cemerlang kepada diri, keluarga dan seterusnya sekolah.