Thursday, December 23, 2010

Tahniah Pelajar PMR 2010


23 Disember 2010
– SMK Benut sekali lagi menerpa kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan seramai  13 orang pelajar daripada 224 orang yang mengambil peperiksaan PMR mendapat 8A manakala 4 orang pelajar mendapat 7A 1B.

Slip peperiksaan PMR telah diserahkan kepada para pelajar bermula jam 11.30 pagi di Sanggar Kokurikulum pada hari ini. Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Satu, SMK Benut) telah sudi menyampaikan slip PMR kepada para pelajar yang berjaya memperolehi 8A.

SMK Benut juga telah berjaya menerima Sijil Penghargaan Cemerlang dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian (PPD Pontian) kerana berjaya mendapat bilangan  pelajar Perfect Score paling ramai mendapat 8A dalam peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010 antara sekolah-sekolah menengah Daerah Pontian, iaitu seramai 13 orang pelajar. Kami warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar Tingkatan 3 / 2010. Teruskan kecemerlangan SMK Benut...

Analisis keputusan keseluruhan pencapaian PMR Tahun 2010, sebanyak 67.86 peratus lulus semua mata pelajaran dan 2.70 peratus (Gred Purata Sekolah). Berikut analisis pencapaian mengikut mata pelajaran, iaitu

MATA PELAJARAN
CALON LULUS
A+B+C+D
PERATUS LULUS
BAHASA MELAYU
220
98.2
BAHASA INGGERIS
161
72.2
SEJARAH
209
93.7
GEOGRAFI
194
86.6
BAHASA CINA
46
97.9
PENDIDIKAN ISLAM
162
92.0
MATHEMATICS
207
92.8
SCIENCE
218
97.3
KHB-ERT
44
100
KHB-PERT
143
100
KHB-PK
35
100

Berikut senarai pelajar yang berjaya mendapat 8A dan 7A1B. 

BIL
NAMA PELAJAR
PENCAPAIAN PMR 2010
1
LEE ZHI AN
8A
2
LOH KAI HUI
8A
3
MUHAMMAD AMIRUL ASRAF BIN YAKOB
8A
4
ONG YING HOCK
8A
5
SYUHADAH BINTI ABDULLAH
8A
6
TAN XIN HAO
8A
7
FARAH BINTI YUSOF
8A
8
GAN SHU YAN
8A
9
LOH SIN EE
8A
10
LUA XIN YEN
8A
11
NG JIE YI
8A
12
NOR AZMIRA BINTI DOMAN
8A
13
SHAIDATUL ADDILLA BINTI KHAMIS
8A
14
TAN RUI YAO
7A 1B
15
RAFIDAH BINTI ISA
7A 1B
16
YEO YING SIN
7A 1B
17
GOH XIN YING
7A 1B




Warga SMK Benut mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua tenaga pengajar  SMK Benut dan khasnya kepada para pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan yang lulus semua mata pelajaran PMR 2010. Tingkatkan lagi pencapaian yang lebih cemerlang dalam peperiksaan yang seterusnya di peringkat SPM nanti. Kami bangga dengan kejayaan anda.

Sunday, November 21, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM


19 November 2010 – Majlis Restu Ilmu Pelajar STPM 2010 telah berjaya diadakan pada perhimpunan khas di Dewan Baiduri, SMK Benut pada 12 November 2010. Pelajar STPM akan mula menduduki peperiksaan STPM pada 23 November 2010.

Majlis Restu Ilmu Pelajar SPM 2010 juga telah berjaya diadakan pada perhimpunan khas di Dataran SMK Benut hari ini. Amanat dan nasihat telah diberikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) kepada para pelajar yang akan mula menduduki peperiksaan SPM pada 23 November 2010. Sebelum itu, ucapan terima kasih daripada pelajar kepada guru-guru dan pihak sekolah, iaitu Saudara Nurhairulamri Bin Kosnan (5 Ibnu Rusyd) dan Saudara Joeseph Ho Zu (5 Ibnu Sina). Turut menyampaikan ucapan dan nasihat Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa merangkap Penyelaras Peningkatan dan Kecemerlangan Akademik SPM)

Warga SMK Benut mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan kejayaan cemerlang serta tenang dan dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan. Pastikan hadir mengikut jadual peperiksaan yang telah diberikan serta mematuhi segala peraturan peperiksaan. Kami yakin anda akan berjaya dengan CEMERLANG dan seterusnya mengharumkan nama diri, keluarga, guru dan sekolah. Insyaallah.





















JOHAN - Pertandingan Pencahayaan, Keceriaan dan Kebersihan


19 November 2010
- SMK Benut telah berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan Pencahayaan, Keceriaan dan Kebersihan Kategori Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian sempena sambutan hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Pertandingan ini anjuran Majlis Perbandaran Pontian dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian. Pengumuman telah dibuat secara rasmi di Tapak Ekspo Stadium Pontian pada hari ini. Sijil dan Piala telah diterima dengan diwakili oleh Encik Mosman Bin Parkan (Ketua Jawatankuasa Kerja dan Pelaksana Pertandingan, SMK Benut).

Warga SMK Benut mengucapkan sekalung penghargaan kepada jawatankuasa yang terlibat sehingga SMK Benut mencapai kejayaan ini. Tahniah dan syabas.















Friday, November 19, 2010

Tahniah Tuan Pengetua SMK Benut


18 November 2010
– Warga SMK Benut mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) kerana telah menerima anugerah khas, iaitu Pengetua Prihatin 2010. Kami turut mengucapkan terima kasih atas prihatin, komitmen dan idea yang diberikan oleh beliau sehingga SMK Benut berjaya dengan CEMERLANG pada tahun ini. Kemuncak kejayaan yang dimiliki oleh SMK Benut sehingga mendapat JOHAN ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH PARLIMEN PONTIAN (Kategori Sekolah Menengah) yang telah diumumkan pada 14 November 2010 yang lalu.

Penyampaian anugerah ini telah diumumkan pada hari ini (18 November 2010) di Hotel Pontian, Pontian semasa majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Guru 2010.



SMK Benut - Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Parlimen Pontian


14 November 2010
- SMK Benut telah berjaya menerima JOHAN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG ~ Sekolah-Sekolah Parlimen Pontian Tahun 2010 (kategori Sekolah Menengah) yang telah diumumkan pada hari ini Ahad, 14 November 2010 di Dewan Baiduri, SMK Benut. Piala dan Wang Tunai sebanyak RM10,000 telah diberikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj. Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian).

Anugerah ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah tetapi daripada semua aspek. Anugerah ini juga diharap dapat memberikan semangat baru kepada sekolah yang berjaya. Seterusnya sentiasa berusaha meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan tersebut. Anugerah ini juga membuktikan bahawa Ahli Parlimen Pontian sangat prihatin dan sentiasa mementingkan kemenjadian pelajar dan sekolah di dalam parlimennya.


Tahniah SMK Benut berjaya mendapat JOHAN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN Kategori Sekolah Menengah. Syabas dan tahniah kepada semua.






Thursday, November 18, 2010

Program LPPKN @ Komuniti 2010


18 November 2010
– Program Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Johor (LPPKN) @ Komuniti dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Murid, SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Program ini bermula 8.00 pagi dan tamat jam 1.30 petang. Seramai 80 orang pelajar yang terpilih telah menghadiri program ini.
Puan Zakiah Binti Mohd Noh (Pegawai Penerangan, LPPKN) serta rakan sepasukannya seramai  7 orang telah memberikan pelbagai info dan pengetahuan baru berkaitan dengan program yang ingin diberikan kepada para pelajar terlibat.

Antara objektif program ini, iaitu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesihatan reproduktif dan kekeluargaan melalui intovensi yang bersesuaian. Pelbagai kaedah telah disampaikan seperti aktiviti perbincangan bersama ahli kumpulan serta memberikan keyakinan untuk para pelajar menyatakan pendapat.

Program ini telah dirasmikan penutup oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut).  Adalah diiharapkan kepada para pelajar yang terlibat selepas ini dapat mempertingkatkan sahsiah diri dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang terutama dalam akademik.