Tuesday, October 19, 2010

Jamuan Akhir Tahun Pelajar Pra Universiti 2009-2010


19 Oktober 2010
- Jamuan Akhir Tahun Pelajar Pra Universiti  sesi 2009-2010 SMK Benut bersama-sama Para Pensyarah SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini di Hotel Pontian, Pontian. Turut hadir pada majlis tersebut Encik Hamid Bin Selamat (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Pra Universiti), Encik Esa Bin Mohd Dasim (GPK HEM), Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran dan Para Pensyarah Pra Universiti SMK Benut.





Aktiviti Selepas PMR 2010


Pelbagai aktiviti penghayatan mata pelajaran, iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu, KHB, Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Inggeris akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar lepas PMR yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama panitia mata pelajaran serta guru-guru mata pelajaran. Semua pelajar tingkatan tiga diwajibkan mengikuti segala aktiviti yang telah dirancang. Sila rujuk jadual aktiviti yang telah diedarkan. Harap maklum.






















Monday, October 4, 2010

Majlis Restu Ilmu Calon-calon PMR 2010


4 Oktober 2010
– Majlis Restu Ilmu Calon-calon PMR 2010 telah berjaya diadakan di dataran perhimpunan SMK Benut. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Akademik .

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Sebelum itu, wakil pelajar saudara Mohd Syafiq bin Afandi dan Puan Faridah Binti Tahir (Penyelaras Akademik Tingkatan 3) telah menyampaikan ucapan.

Rasional majlis ini diadakan agar pelajar jelas dalam mindanya bahawa para guru redha dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi kejayaan cemerlang mereka. PMR yang bakal menjelang ada kalanya memberi tekanan kepada para pelajar. Semoga dengan adanya Majlis Restu Ilmu ini dapat meningkatkan semangat juang dan keyakinan pelajar untuk menghadapi PMR, insyaallah.

Seterusnya, majlis bermaaf-maafan dan memohon restu daripada para pelajar kepada para guru SMK Benut. Majlis seterusnya penyerahan alat tulis dan slip peperiksaan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua kepada guru-guru tingkatan. Majlis berakhir dengan taklimat peperiksaan daripada Puan Jamaliah binti Abd Rahim.

Warga SMK Benut mendoakan selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan bermula pada hari esok (5 Oktober – 12 Oktober 2010) dan mencapaik kejayaan yang cemerlang kepada diri, ibu bapa, guru-guru dan seterusnya SMK Benut.