Profil SMKB




Dasar Kualiti

Sekolah Menengah Kebangsaan Benut Komited Untuk Menyediakan Dan Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkualiti Bagi Memenuhi Keperluan Pelanggan. Adalah Menjadi Komitmen Pihak Pengurusan Dan Semua Anggota Untuk Mematuhi Keperluan-Keperluan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Dan Meningkatkan Keberkesanannya Secara Berterusan

Objektif Kualiti
1.    Melaksanakan   100%    pembelajaran    dan   pengajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara di luar kawalan SMK Benut.
2.   Memastikan pencapaian  pelajar  SMK  Benut  mencapai   65%    lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun, PMR, SPM dan STPM.
3.   Memastikan    100%   pelajar  SMK   Benut   mendapat   Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Pelajar, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan SMK Benut.
4.   100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.
5.   Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit.


Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan segala tenaga dan usaha kami untuk ;

1.     Memastikan  semua    kanak-kanak   dan   pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
2.    Memastikan kami sentiasa memberi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan.
3.    Memastikan    kami    sentiasa    peka   dan   responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan dan murid, rakan sejawatan, masyarakat (ibu bapa) dan negara atau kerajaan.
4.    Memberi   layanan  mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
5.    Menentukan   segala surat arahan daripada pentadbir sekolah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.
6.    Bersedia   memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
7.    Sentiasa    bersedia   dan sanggup menerima pendapat, cadangan syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.


LAGU SEKOLAH

Sekolah menengah kita
Muridnya berbilang bangsa
Bersama mengejar cita
Berkhidmat kepada nusa
Serta bangsa dan Negara yang tercinta
Ku taburi jasa
Dalam bidang pelajaran
Sungguh-sungguh dijayakan
Sukan dan kebudayaan
Bersama dipergiatkan
Didikan guru di segala lapangan
Tetap diusahakan
Tugas paling utama
Taat pada agama
Agar kebaikan nama
Mulia selama-lama
Mari kita berusaha
Ajaran guru mulia
Amalkanlah sentiasa
Dengan semangat setia
Belajar beramal dan berbuat jasa
Kepada negara






MAKSUD LENCANA SEKOLAH

Bentuk :
Bentuk perisai melambangkan kerajinan, ketabahan dan ketegasan dalam menghadapi maslah pengajaran dan pembelajaran.

Warna maroon:
Merupakan warna kebanggaan sekolah yang melambangkan keberanian, keikhlasan, dan kejujuran dalam masyarakat sekolah yang berbilang bangsa.

Moto :
“BELAJAR, BERAMAL, BERJASA” jelas mengingatkan setiap pelajar supaya mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara.

Buku :
Menggambarkan segala puncak ilmu pengetahuan.

1965 :
1965 tertulis di dalam buku mengingatkan bahawa sekolah ini telah ditubuhkan pada 14 Januari 1965.

Obor :
Simbol yang membawa pengertian menerangi hidup pelajar-pelajar dari kegelapan dan kejahilan.

Pokok :
Melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian serta menunjukkan hasil utama kawasan Benut.


Ketahui nama kelas anda ...



Ibnu Sina    
Ibnu Rusyd   
Ibnu Khaldun     
Al-Farabi