Wednesday, February 28, 2018

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK BENUT KALI KE-43 TAHUN 2018



14 FEB 2018 Kejohanan Balapan dan Padang kali ke -43 telah berjaya diadakan dan telah dirasmikan oleh Puan Hajah Halidah Binti Haji Baba selaku mantan Pengetua SMK Benut ( 1996 hingga 2006). Pelbagai acara balapan dan padang telah dilangsungkan serta barisan- barisan oleh Rumah Sukan Panglima, Bendahara, Laksamana dan Temenggung. Kemeriahan diserikan dengan persiapan dan keunikan Rumah Sukan masing-masing dengan bertemakan " Bangsawan". 

Ribuan terima kasih kepada atlet-atlet rumah sukan yang telah memberikan sumbangan tenaga, semangat dan bekerjasama dalam acara-acara balapan bagi menaikkan mata setiap rumah sukan. Diucapkan juga kepada semua para guru dan pihak yang terlibat dalam kejohanan ini dengan jayanya.Tahniah dan syabas kepada warga SMK Benut " WE ARE THE BEST'.










    
 




            


 




 
 
 
 

 

Monday, February 5, 2018

Perasmian Bulan Bahasa, Program Imam Muda, Program Guru Penyayang dan Program Nilam



TARIKH : 4 Februari 2018 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Bahasa  2018  telah diadakan dengan jayanya pada 4 Februari 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2)      Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3)      Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
4)      Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa

Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan dengan acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, Pn Hjh Rohani bt A. Manaf. Gimik tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Sepanjang minggu ini, beberapa pertandingan telah dijalankan dipecahkan kepada tiga iaitu Pertandingan Bahasa Cina, Pertandingan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris. Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan menulis esei, pidato/syarahan, sajak dan syair, scrabble, treasure hunt, wonder world, kaligrafi cina, kuiz bahasa cina dan bermacam-macam lagi aktiviti. Semua murid digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

Pada hari tersebut, 3 lagi perasmian turut dijalankan. Perasmian seterusnya disambung pula oleh perasmian Program Imam Muda, Guru Penyayang dan terakhir sekali pelancaran Program Nilam. Majlis perasmian pada hari itu berakhir pada pukul 8.00 pagi dan murid-murid bergerak ke kelas masing-masing.














Thursday, February 1, 2018

Majlis Pemberian Sumbangan 'Ang Pau' Sempena Tahun Baru Cina SMK Benut Tahun 2018



01 Februari 2018 : Majlis Pemberian Sumbangan "ANG PAU" Sempena Tahun Baru Cina telah diadakan pada tarikh ini oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut di Sanggar Koko dan  sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengetua SMK Benut, Puan Hjh Rohani binti A.manaf. Seramai 26 orang pelajar telah menerima sumbangan tersebut bagi membantu dan meringankan kesusahan pelajar yang layak menerima bantuan untuk menyambut sambutan tahun baru.
Selain itu, sumbangan ini dapat mewujudkan perasaan gembira kepada mereka yang layak untuk diberi ang pau.Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat dan penghargaan kepada pelajar dalam persediaan untuk tahun baru.

Ucapan khas oleh warga SMK Benut kepada para pelajar serta para guru berbangsa cina 
SELAMAT TAHUN BARU CINA  "GONG XI FA CAI" 















Majlis Pemberian Tablet SMK Benut



TARIKH : 30 Januari 2018 (SELASA)
TEMPAT : Bilik ‘War Room’, SMK Benut

Majlis penyerahan tablet kepada guru-guru SMK Benut  telah diadakan dengan jayanya pada 30 Januari 2018 dengan kerjasama daripada 11 orang wakil guru yang dilantik dan pentadbir. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Taklimat pengagihan, maklumat mengenai tablet, aplikasi Tutor Guru, e-Paper Utusan Malaysia, meja bantuan serta sebagainya telah dilaksanakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Kumpulan Utusan, sama ada di BTP Negeri (BTPN) atau di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terbabit.
Objektif pemberian tablet ini adalah supaya guru boleh mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan :

1.      merangsang murid berkomunikasi
2.      merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran
3.      mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif
4.      mengajukan soalan/ mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
5.      mewujudkan peluang untuk murid memimpin
6.      menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
7.      menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri



Dengan pembelajaran bersumberkan bahan tanpa sempadan yang disediakan Tutor Guru, maka guru boleh sahaja mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid dengan isu-isu lokal dan global. Semoga, penganugerahan tablet guru membolehkan guru merancang pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara profesional dan sistematik seterusnya meningkatkan pencapaian dalam bidang pendidikan negara.