TARIKH : 22 Januari 2017 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut
Majlis Pelancaran Program NILAM 2017 telah diadakan
dengan jayanya pada 22 Januari 2017 dengan kerjasama daripada semua ahli
jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana
yang telah dirancangkan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)
Menjadikan murid banyak membaca( semua
bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan
yang berorientasikan peperiksaan)
2)
Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca dikalangan warga sekolah.
3)
Menggerakkan program dan aktiviti galakan
membaca
4)
Meningkatkan minat membaca yang berterusan
5)
Memperkasakan pelaksanaan
Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh
kalangan masyarakat
6)
Memberi
pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
7)
Mewujudkan daya usaha untuk
persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda
8)
Melahirkan tokoh murid yang
berketerampilan dalam bidang pembacaan
9)
Menampilkan murid yang mengamalkan
ciri-ciri pembaca yang berkualiti
Taklimat Pelancaran Program NILAM 2017 telah
disampaikan oleh Tn. Pengetua, En Mastura Aladdin bin Masro. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud NILAM
iaitu singkatan daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca
yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat
persekolahan.
Tn pengetua seterusnya melancarkan Program NILAM
2017. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan memberi peringatan kepada
para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan membaca tidak kira di mana
sahaja berada. Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti
dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber
Sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan gimik Majlis Pelancaran NILAM yang dilaksanakan
menggunakan gegantung. Murid-murid diingatkan agar menjadikan budaya membaca
sebagai amalan seharian.