Wednesday, March 20, 2019

Pencak Silat Sirkit Negeri Johor 2019


15-16 Mac 2019: Persatuan Silat SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi pertandingan Pencak Silat Sirkit Negeri Johor pada hari Jumaat dan Sabtu, 15 dan 16 Mac 2019. Pertandingan ini telah diadakan di Tangkak. Hasil usaha gigih guru dan murid, Smk Benut telah memperoleh kejayaan dalam beberapa kategori. Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah :


1.      Nama        : Luqman Hakim bin Roslan
Kategori    : 43-47kg
Pingat        : Perak

2.      Nama         : Abdul Hakaim bin Abdul Majid
Kategori     : 67kg
Pingat         : Perak

3.      Nama         : Nurul Aziqah Amelia bt Sarip
Kategori     : 64kg
Pingat         : Gangsa


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan. Seluruh warga SMKB mendoakan kejayaan pasukan ini pada pertandingan akan datang.







Sunday, March 17, 2019

Mesyuarat Agung PIBG SMK Benut 2019 Kali Ke-41



TARIKH :  17 Mac 2019 (AHAD)
MASA : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-41 ini telah dilaksanakan pada 17 Mac 2019 (Ahad) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Isa bin Ab. Hamid, Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Semenanjung). Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu.
OBJEKTIF

·         Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
·          Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.
·          Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
·          Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

RINGKASAN MAJLIS

Pendaftaran ibu bapa dan ketibaan tetamu jemputan bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di ikuti mesyuarat agung PIBG. Selepas ketibaan perasmi, majlis disambung semula dengan ucapan Pn Roby bt Abd Hamid diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Isa bin Ab Hamid.

Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah. Antara agenda mesyuarat pada tahun ini  ialah membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun 2018, membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2018, membahaskan usul, ucapan penangguhan dan pelantikan ahli PIBG yang baru.

Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”.





















Thursday, March 14, 2019

Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2019

TARIKH : 13 Mac 2019 (Rabu)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi
TEMPAT : Dataran Baiduri, SMK Benut

Majlis Pelancaran Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2019  telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mac 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

PROGRAM 'Jom Ke Sekolah" yang direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah bertujuan memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

·         Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;
·         Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

         Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan s
upaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat serta dapat memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.













Anugerah Nilam Daerah Pontian 2019



12 Mac 2019: Unit NILAM SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Anugerah NILAM sekolah-sekolah Daerah Pontian pada 12 Mac 2019. Pertandingan ini diadakan di Pusat Kegiatan Guru, Pontian. 2 orang wakil telah dibawa ke pertandingan ini iaitu seorang wakil untuk NILAM Bahasa Melayu dan seorang wakil untuk NILAM Bahasa Inggeris . Hasil usaha gigih guru dan peserta, SMKB telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan NILAM Bahasa Melayu iaitu Nur Ayunie Syafiqah bt Abd Ajis .


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan di masa hadapan.




Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Pontian


4-5 Mac 2019: Persatuan Bahasa Melayu SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi pertandingan perbahasan peringkat Daerah Pontian pada hari Isnin dan Selasa, 4-5 Mac 2019. Lima orang wakil murid SMKB telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Hasil usaha gigih guru dan murid, Smk Benut telah menjadi naib johan dalam pertandingan perbahasan Bahasa Melayu Daerah Pontian. Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah :


1.      Nur Ayunie Syafiqah
2.      Nur Fariza Syazwina
3.      Muhammad Sadiq Ifwat
4.      Muhammad Maaliki
5.      Muhammad Hafiz


Lebih membanggakan seorang murid SMKB telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik perbahasan Bahasa Melayu Daerah Pontian iaitu Nur Ayunie Syafiqah. Unit Bahasa Melayu juga telah Berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sahibba iaitu Dian Zulaikha bt Abd Rahman

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan














Monday, March 4, 2019

Kejohanan Olahraga MSSD 2019




25-28 Feb 2019: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Olahraga MSSD Pontian selama empat hari (25, 26, 27 dan 28 Feb 2019). Kejohanan olahraga ini telah dijalankan di SMK Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian. Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan olahraga sekolah telah memenangi 3 pingat emas, 8 pingat perak dan 10 pingat gangsa. SMK Benut telah Berjaya berada di kedudukan yang keenam daripada 17 buah sekolah daerah Pontian yang menyertai. Pasukan olahraga SMK Benut telah memenangi beberapa acara iaitu :

Gangsa
1.      L.Jauh (L14)               - Muhammad Syakirin bin Abdullah
2.      4x400m (L14)             - Muhammad Syakirin bin Abdullah
3.      400m L/pagar (L18)    - Mohammad Noor Syawal bin Mohammad Noor Haizam
4.      100m L/pagar (P14)    - Nurul Natasha bt Mohd Amin
5.      4x400m (P14)             - Nur Fatin Nabilah bt Mohd Yazid
6.      L.Jauh (P18)                - Suhailey bt Sabri
7.      L.Kijang (P18)            - Suhailey bt Sabri
8.      4x100m (P18)             - Suhailey bt Sabri
  Zetty Aisyah bt Zaimy
  Nurin Khairena bt Norizam
  Nurhuda Najwa bt Samsuddin
9.      3000m J/K (P14)         - Siti Zulika bt Zainal Abidin
10.  3000m (P18)               - Zetty Aisyah bt Zaimy

Perak
1.      1500m (L14)               - Muhammad Danish Aqil bin Yahya
2.      800m (L14)                 - Muhammad Danish Aqil bin Yahya
3.      100m L/pagar (P14)    - Nur Fatin Nabilah bt Mohd Yazid
4.      100m L/pagar (P15)    - Nurul Waheeda bt Mohd Halid
5.      200m L/pagar (P15)    - Nurul Waheeda bt Mohd Halid
6.      200m (P18)                 - Suhailey bt Sabri
7.      800m (P18)                 - Zetty Aisyah bt Zaimy
8.      4x400m (P18)             - Suhailey bt Sabri
  Zetty Aisyah bt Zaimy
  Nurin Khairena bt Norizam
  Nur Sahfinah bt Mohd Amin

Emas
1.      3000m (L14)               - Muhammad Danish Aqil bin Yahya
2.      L.Kijang (P14)            - Zetty Ain Asyiqin bt Zaimy
3.      1500m (P18)               - Nur Sahfinah bt Mohd Amin


Tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga SMK Benut atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan olahraga SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.