Monday, February 28, 2011

Keputusan Rasmi Keceriaan Kelas Bulan Januari - Februari 2011



28 Februari 2011 – Pengumuman keputusan pertandingan keceriaan kelas telah diumumkan secara rasmi semasa perhimpunan rasmi mingguan di dataran SMK Benut pada pagi ini oleh Encik Mohd Firdaus Bin Ngamar (Jawatankuasa Keceriaan).

Encik Hasnan bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan piala kepada kelas yang berjaya dari tempat ketiga hingga pertama mengikut tingkatan.

Berikut keputusan rasmi yang telah diumumkan.

KATEGORI
TINGKATAN
KEPUTUSAN
TINGKATAN 1
IBNU RUSYD
JOHAN
IBNU SINA
NAIB JOHAN
IBNU KHALDUN
KETIGA







TINGKATAN 2
AL KINDI
JOHAN
IBNU KHALDUN
NAIB JOHAN
IBNU SINA
KETIGA
TINGKATAN 3
IBNU SINA
JOHAN
IBNU KHALDUN
NAIB JOHAN
IBNU RUSYD
KETIGA
TINGKATAN 4
IBNU SINA
JOHAN
IBNU RUSYD
NAIB JOHAN
IBNU KHALDUN
KETIGA
TINGKATAN 5
IBNU RUSYD
JOHAN
IBNU KHALDUN
NAIB JOHAN
AL FARABI
KETIGA
TINGKATAN PRA U
PU2
JOHAN
PU4
NAIB JOHAN
PU1
KETIGA

Keputusan keseluruhan JOHAN mendapat 79.0% (3 Ibnu Sina) dan peratus ini masih perlu ditingkatkan lagi. Bagi kelas lain perlu meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas untuk mencapai tahap kecemerlangan. Tahniah kepada yang berjaya.

Tahniah Pasukan Petanq SMK Benut 2011



28 Februari 2011 – Pada hari Sabtu, 26 Februari 2011, telah diadakan Pertandingan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Johor. Terdapat 40 pasukan yang mewakili 10 daerah dalam negeri Johor mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori Lelaki dan kategori Perempuan. Setiap daerah menghantar empat pasukan yang terdiri daripada dua pasukan lelaki dan dua pasukan perempuan.

SMK Benut telah diberi kepercayaan untuk mewakili daerah Pontian dengan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan. Keputusan CEMERLANG telah diperoleh oleh pasukan yang dihantar. Pasukan lelaki mendapat tempat KETIGA manakala pasukan perempuan mendapat tempat JOHAN.

Pasukan lelaki terdiri daripada Mohd Helmi Bin Md Raus (PU3), Mohd Shafie Bin Hamzah (5 Ibnu Khaldun) dan Mohd Syafiq bin Mohd Apandi (4 Ibnu Rusyd). Pasukan perempuan pula terdiri daripada Nur Ili Farhana Binti Baharudin (5 Ibnu Sina), Nurul Husna Binti Saiman (5 Ibnu Rusyd) dan Intan Noramalina Binti Jamaludin (4 Ibnu Rusyd).

 Tahniah dan terima kasih turut diucapkan kepada Encik Mohd Khairul Bin Zainal (Pengurus Pasukan), Encik Abdul Rahman Bin Zainal (Ketua Jurulatih), Encik Md. Anishak Bin Ahmad (Jurulatih Pasukan Lelaki) dan Cik Rohaida Binti Abd. Ghani (Jurulatih Pasukan Perempuan) yang memberikan tenaga, tunjuk ajar dan masa dalam melatih dan mendidik peserta pertandingan sehingga mencapai kejayaan yang CEMERLANG.

Syabas dan tahniah diberikan kepada pasukan perempuan kerana telah berjaya terpilih mewakili negeri 
Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kemaman, Terengganu. Tarikhnya belum ditentukan lagi.

Semua pemain dan pegawai mendedikasikan kejayaan ini kepada Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) sempena persaraan beliau pada 2 Mac 2011. 











Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M


25 Februari 2011 – Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada hari ini dengan suasana yang sederhana namun tetap disambut dengan meriah oleh warga SMK Benut.
Sambutan Maulidur Rasul kali ini anjuran bersama SMK Benut (dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam) dengan kerjasama Asrama (Asli) SMK Benut. Sebelum pelajar dibenarkan masuk ke dalam Dewan Baiduri, SMK Benut, para pelajar bersama-sama guru-guru telah berarak dengan berselawat sepanjang perjalanan yang telah ditetapkan.

Ustaz Sallehuddin Bin Md Jaafar (Guru Pendidikan Islam, SK Penerok, Kukup) telah diundang sebagai penceramah pada majlis tersebut dengan ceramah yang bertemakan 1Malaysia, 1Ummah. Sebelum itu, para pelajar telah mengikuti bacaan doa, bacaan Al-Quran dan terjemahan, berzanji serta marhaban, persembahan nasyid dan kuiz sejarah Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan dengan matlamat untuk memperingati dan mencontohi perjuangan akhlak Rasulullah S.A.W. Semoga program yang diadakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Jawatankuasa Pengelola merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada keluarga Encik Zahid Bin Khamis (Sri Medan, Batu Pahat) yang menyumbangkan seekor lembu, Syarikat Faiza  Sdn Bhd (beras) dan orang perseorangan yang menyumbang dalam bentuk wang dan tenaga serta semua warga SMK Benut yang menjayakan majlis ini.