Wednesday, June 21, 2017

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK



20 JUN 2017: Alhamdulillah program tahunan warga SMK Benut iaitu memasak bubur lambuk berjaya direalisasikan pada hari Selasa 20 Jun 2017 bersamaan dengan 25 Ramadhan . Seawal jam 7:30 pagi, guru-guru telah bergotong – royong untuk menyediakan ramuan membuat bubur lambuk. Murid-murid Tingkatan 6 juga telah banyak membantu dan memberikan sumbangan tenaga dalam menjalankan program ini. Chef berpengalaman dan mahir berjaya memasak sebanyak 4 periuk besar untuk diagihkan kepada hampir 1100 warga sekolah. Kemeriahan memasak diserikan lagi dengan kehadiran beberapa org AJK PIBG. Moga niat murni ini akan diredhai dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, murid,  warga sekolah  dan pihak-pihak yang terlibat.


 






 





















MAJLIS IFTAR JAMAIE DAN SOLAT TERAWIH DI DEWAN BAIDURI SMK BENUT



20 JUN 2017 : Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, SMK Benut telah melaksanakan sambutan Berbuka Puasa pada hari Selasa, 20 Jun 2017 bertempat di Dewan Baiduri . Majlis bermula pada jam 6:30 petang dengan kehadiran para jemputan, guru-guru dan murid-murid serta warga sekolah. 


 


 



 



 

 








Sebelum majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama mengikuti aktiviti Khatam Al-Quran. Selepas itu, apabila masuk waktu maghrib, para hadirin berbuka puasa yang telah disediakan dan bergerak ke dewan untuk solat maghrib secara berjemaah. Seterusnya para hadiri menikmati hidangan dan juadah yang disediakan diikuti dengan solat isyak dan solat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Haji Saparudin bin Lahasan. 


Terima kasih  dan tahniah kepada semua guru dan murid –murid yang hadir dalam menjayakan majlis ini semoga sempena bulan Ramadhan  ini dapat memberikan seribu makna kepada kita semua.