Friday, November 21, 2014



" Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah"


"WELCOME HOME" CIKGU NORAIZAM BINTI WAHAB

Ahad 16 November 2014:  Tahniah!!!! cikgu Noraizam kerana telah berjaya kembali untuk menabur bakti di negeri Terengganu Darul Iman. Negerinya cantik, orangnya baik-baik. Jangan dilupakan kami di SMK Benut kerana kami sentiasa merindui anda. Terima kasih di atas kerjasama yang sangat cemerlang di SMK Benut. 

Semoga cikgu Noraizam terus maju dan cemerlang disamping keluarga tercinta. 

Harum sungguh bunga melati
Kembang setangkai diwaktu pagi
Hancur sungguh rasa dihati
Sedang berkasih ditinggal pergi






Wednesday, November 12, 2014

Hari Pengakap Daerah Pontian 2014


12 November 2014: SMK Benut telah menyertai Hari Pengakap Daerah Pontian yang telah diadakan di SK Rambah, Pontian.

Beberapa acara dipertandingkan sepanjang sambutan berkenaan dijalankan. Alhamdulillah, SMK Benut telah mendapt johan dalam acara kraftangan dan tempat ke-tiga acara ikatan dan simpulan.

Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru penasihat yang telah mengharumkan nama SMK Benut. Tahniah!!. "We Are The Best"

Tuesday, November 11, 2014

Pemantauan Kunjung Bantu Pengurusan PIBG Oleh Pegawai JPNJ

11 November 2014: SMK Benut telah dilawati oleh 2 orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi memantau dan kunjung bantu pengurusan sarana dan PIBG.

Secara keseluruhannya mereka berpuashati dengan rujukan fail yang lengkap dan dokumentasi-dokumentasi yang disediakan oleh setiausaha PIBG En. Mosman. Semoga pengurusan yang lebih cemerlang akan dapat dilaksanakan pada tahun 2015. "We Are The Best"

Mesyuarat Akhir Tahun SMK Benut 2014

11 November 2014: Mesyuarat Guru Akhir tahun telah dijalankan di bilik mesyuarat As-Syafie dengan dihadiri oleh semua guru. Mesyuarat kali ini memberi fokus terhadap keberhasilan semua bidang kurikulum, sahsiah murid dan kokurikulum sepanjang tahun 2014 dan draf sasaran tahun 2015.

Secara umumnya tuan pengetua mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam memikul amanah melahirkan insan SMK Benut yang terdidik. Walaupun begitu terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik pada tahun 2015 nanti.

Tuan pengetua juga mengingatkan tentang kerja-kerja akhir yang perlu dibereskan sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir.

Sebagai rujukan tarikh-tarikh penting yang perlu guru-guru ketahui: 29-31 Disember 2014 (Mesyuarat Guru, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan HEM, Pengurusan Kokurikulum dan Pengurusan Tingkatan 6), 1 Januari 2015 (Pendaftaran Tingkatan 1, 2, 3, 5 dan 6 dan gotong royong perdana), 3 Januari 2015 (pendaftaran asrama) dan 4 Januarai 2015 (Hari pertama persekolahan sesi 2015 dan pendaftaran tingkatan 4)

Saturday, November 8, 2014

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2014

6 November 2014: Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
 
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Aktiviti membaca buku selama 34 minit dijalankan pada 10.00 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Di SMK Benut, pelancaran Kem Membaca 1Malaysia  telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladin Bin Masro di kelas 4 Ibnu Sina.

Walaupun secara rasmi kelas yang terlibat dalam aktiviti ini hanya melibatkan tingkatan 4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd serta sebahagian guru, namun seluruh warga sekolah turut menyertai secara tidak langsung. Semoga usaha yang murni ini akan memupuk semangat membaca warga SMK Benut. "We Are The Best"

Monday, November 3, 2014

Edaran Bubur Asyura Sempena 10 Muharam 1436 Hijrah



3 November 2014: Sempena menyambut kedatangan 10 Muharam Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan aktiviti penyediaan dan pengedaran bubur asyura.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pekerja-pekerja sekolah. Semoga usaha yang murni ini akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang.

Selamat Menjalani Peperiksaan SPM & STPM 2014

3 November 2014: Semua calon SPM dan STPM mula menduduki peperiksaan pada hari ini dan akan berakhir pada 4 Disember 2014.

Semua warga SMK Benut mendoakan semoga semua calon sentiasa dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam keadaan selamat. "We Are The Best"

Sunday, November 2, 2014

Seminar Integriti Zon Benut 2014


 

1 November 2014: Satu kursus LaDaP anjuran PPD Pontian telah dijalankan di bilik Mesyuarat As-Syafie yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir 12.45 tengahari.

Kursus kali ini bertajuk Seminar Integriti Dalam Pendidikan. Selain daripada SMK Benut turut hadir adalah warga pendidik dari SMA Bugisiah dan SJK(T) Parit Ibrahim.

Penceramah jemputan telah didatangkan khas dari Institit Integriti Malaysia (IIM) iaitu Tn. Hj. Tumiran Parlan yang merupakan mantan GPK HEM SMK Pekan Nanas. 

Hasil daripada seminar ini bolehlah dibuat kesimpulan: integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

Jamuan Akhir Tahun Keluarga Pengawas SMKB 2014

31 Oktober 2014: Jamuan Akhir Tahun Keluarga Pengawas SMKB 2014 telah dijalankan di Sanggar Kokurikulum dengan dihadiri oleh barisan pengawas 2014 dan 2015 serta Guru Penasihat.

Jamuan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pada kali ini menu yang disajikan merupakan hasil kerjasama antara ahli dengan masing-masing membawa juadah dari rumah. Sementara itu bbq ayam pula disediakan bersama-sama sepanjang majlis dijalankan. 

Majlis yang disediakan dalam keadaan santai telah memberikan satu sentuhan nilai yang baik sekali terutamanya dalam memupuk semangat kerjasama dan bantu membantu.

Semoga kerjasama yang ditunjukkan akan dipraktikkan dalam menjalankan tugas sebagai pengawas SMK Benut. tahniah kepada semua ahli lembaga pengawas. "We Are The Best"

Untuk gambar seterusnya sila klik di sini
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

2 November 2014 : Sebuah majlis penyampaian sijil penghargaan telah diadakan bagi memberi pengikhtirafan dan motivasi kepada pengawas sekolah supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab. Selain itu, ianya juga sebagai menterjemahkan penghargaan kepada pengawas yang telah berkhidmatan untuk kepentingan sekolah. 

Majlis juga telah mengadakan watikah pelantikan pengawas baharu bagi memperkenalkan secara rasmi barisan pengawas baharu SMK Benut 2014. Ini adalah bagi menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih serta meningkatkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap para pengawas.


 
 
 
 
 
 
 

 Selanjutnya Sila klik di sini

Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama 
SMK Benut

1 November 2014 : Sebuah jamuan akhir tahun telah diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti di asrama Smk Benut. Majlis turut dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada warga asrama dan turut hadir pengetua dan GPK Hem SMK Benut bagi menjayakan majlis.





 
 
 
 


Selanjutnya sila klik disini
PERHIMPUNAN PENUTUP 2014: Penyampaian Anugerah Program Nilam, Petanque, Zero Ponteng dan Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM

30 Oktober 2014 : Bagi mengakhiri tahun 2014 di Smk Benut sebuah perhimpunan telah diadakan sebagai simbolik penutupan tirai tahun 2014. Majlis dilangsungkan dengan penyampaian beberapa buah anugerah antaranya Anugerah Program Nilam untuk pelajar-pelajar yang mempunyai bilangan bacaan buku paling banyak. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang menerima anugerah dan teruskan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. "We Are The Best".




  

Tahniah! ZERO PONTENG Penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang tidak pernah ponteng dan mempunyai kedatang penuh sepanjang sesi persekolahan 2014 berlangsung.  Penghargaan tersebut adalah sebagai motivasi dan galakan kepada pelajar-pelajar lain supaya hadir ke sekolah pada setiap hari sesi persekolahan. Syabas diucapkan dan semoga terus membawa kecemerlangan zero ponteng di tahun-tahun berikutnya. "We Are The Best"


 Syabas kepada Team Petanque SMK Benut kerana telah merangkul tempat ke-3 kebangsaan bagi Piala Grand Final IPT lelaki dan perempuan, Johan Peringkat Daerah lelaki dan perempuan, Naib Johan Negeri perempuan dan Naib Johan bagi acara Terbuka Antarabangsa Port Dickson. Majulah Sukan untuk negara. "We Are The Best"





 




 Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM Merestui ilmu dan menghalalkan ilmu yang telah diberikan dan dicurahkan kepada anak didiknya adalah sebagai tanda kasih sayang para guru SMK Benut kepada anak-anak didiknya. Majlis telah disertai oleh guru-guru tingkatan lima dan tingkatan enam bagi memberikan restu dan kata-kata semangat kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Semoga para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. "We Are The Best"
selanjut sila klik  disini