Thursday, May 27, 2010

Tahniah Pasukan Bomba SMK Benut


27 Mei 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Bomba yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan kawad kecekapan Bomba dan Penyelamat peringkat Daerah Pontian yang diadakan pada 22 Mei 2010 di Dataran Pontian, Johor. Pasukan Bomba SMK Benut telah menyertai 4 kategori pertandingan dan berikut keputusan rasmi kejayaan yang dicapai.

NAMA PESERTA
KATEGORI
PENCAPAIAN
SAMRI BIN KARIM
MOHAMAD ISZUDIN BIN JUMAAT
MOHD FAIZUL ANUAR BIN MOHD ISA
ALNOORAISZ BINTI AHMAD
NORZALINA BINTI JUMAIN
SITI KHATIJAH BINTI MD YASSIN
KAWAD KECEKAPAN CAMPURAN
JOHAN
NURHIDAYU BINTI MD YUSOF
UMMI NORSYILA BINTI ABD RAHIM
FARAH FADLINA BINTI ZULKANAIN
MIRA SYATIRA BINTI WAKIDAN
SITI NORRAIHANA BINTI AHMAD BASTONI
SITI NURFALAHIAH
KAWAD KECEKAPAN KERING PEREMPUAN
NAIB JOHAN
MOHD SHAHRUL NIZAM BIN ZAIDIN
MOHD RIZAL BIN BAHROM
MOHD FAKHRULLAH HAKIM BIN DAUD
MOHD HANIFF BIN SARENGAT
MOHAMMAD RIDZWAN BIN ROSLAN
MUHAMMAD SHAHRUL BIN ABD KADIR
KAWAD KECEKAPAN BASAH LELAKI
KETIGA

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar Encik Abd. Khalil bin Mohd Masri, Encik Ismail Bin Ahmad, Encik Fairol Hisham Bin Md Hassan, Encik Anishak bin Ahmad, Cik Siti Fatimah Binti Dokob @ Yusoff dan Cik Nurul Ashikin Binti Taati yang melatih dan memberikan motivasi kepada peserta sehingga kejayaan tercapai. Tahniah dan syabas.


















Wednesday, May 26, 2010

Terima kasih dan Jumpa lagi


26 Mei 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cik Rozieana, Cik Ashikin dan Cik Ain kerana berjaya menamatkan latihan praktikum dan latihan rancangan orientasi sekolah (ROS) di SMK Benut, Pontian, Johor.  Semoga ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Terima kasih dan jumpa lagi.






Tuesday, May 25, 2010

Sumbangan Khas oleh Unit Kebajikan Pelajar


25 Mac 2010 – Pemberian khas sumbangan kepada 30 orang pelajar yang terpilih telah disampaikan oleh Puan Hajah Andi Audryanah Binti Mohd Nor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, SMK Benut) dalam majlis yang ringkas tetapi cukup bermakna pada pagi ini. Pemilihan pelajar tersebut dari aspek pelajar miskin dan kematian ibu bapa serta kemalangan diri.

Wang sumbangan sebanyak RM650 dari Koperasi SMK Benut dan RM100 daripada orang perseorangan.

Pihak sekolah mengharapkan pelajar menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli keperluan sekolah dan untuk kegunaan yang betul. Terima kasih kepada para penyumbang.











Saturday, May 22, 2010

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan 2010


22 Mei 2010 – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini di bilik mesyuarat guru SMK Benut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Isa Bin Ab. Hamid (Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor).  Beliau telah memberikan banyak input dan pengetahuan baru kepada semua yang hadir. Antaranya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, cara menulis minit mesyuarat dan pengurusan sistem fail.

Kami warga pendidik SMK Benut merakamkan ribuan terima kasih kepada penceramah.














 

Program Motivasi Top 'A' Student Pelajar Tingkatan 5 Siri 1


22 Mei 2010 – Program Motivasi Top ‘A’ Student bagi para pelajar Tingkatan 5 telah berakhir pada hari ini. Program yang bermula pada petang Jumaat, 21 Mei 2010, iaitu selama dua hari satu malam dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang cukup bermakna kepada para peserta yang menyertainya. Program yang dirancang  oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut dengan kerjasama Pembangunan Akademik SMK Benut. Seramai 8 orang fasilitator dengan diketuai oleh Yang Berbahagia Dr. Abd Halek A Rahman atau lebih dikenali dengan Pak Anjang dari Syarikat Wowcooching yang bertempat di Austin Perdana, Johor Bahru.

Program yang bermatlamat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar untuk terus berdaya saing dalam meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran peperiksaan SPM bagi tahun 2010.

Seramai 117 pelajar telah menyertai program ini. Program ini merupakan siri pertama dari tiga siri semuanya. Para peserta yang terlibat diharapkan dapat menyedari diri sebagai seorang pelajar yang diharapkan untuk cemerlang bagi diri, keluarga, guru-guru, dan seterusnya sekolah. 5 ‘Star’ yang diperlukan, iaitu Spiritual, Mental, Emosi, Fizikal dan Intelektual.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda telah berjaya mengikuti program motivasi ini dengan cemerlang dan diharapkan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.








Tuesday, May 18, 2010

Latihan Menembak M16 Kadet Polis


17 Mei 2010 – Latihan Menembak M16 Kadet Polis selama tiga hari telah bermula pada hari ini, iaitu pada 17 Mei 2010 sehingga 19 Mei 2010. Latihan ini diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 3.30pm – 5.30pm. Latihan ini diberikan oleh Para Pegawai dari balai Polis, Pontian. Latihan asas menembak ini diberikan untuk persediaan bagi menyertai latihan menembak M16 Kadet Polis Sekolah-Sekolah Daerah Pontian pada 29 Mei 2010 di IPK Melaka.