Saturday, January 21, 2012

Pemberian Ang Pau Sempena Tahun Baharu Cina



20 Januari 2012 – Pemberian Ang Pau kepada seramai 24 orang murid Cina yang terdiri daripada keluarga yang sederhana dan kematian ibu atau bapa telah berjaya diadakan pada perjumpaan khas hari ini di Gelanggang Bola Keranjang, SMK Benut.

Pemberian wang Ang Pau sebanyak RM20.00 adalah sumbangan daripada Tabung Dana Kebajikan Pelajar (DAKAP) yang dikendalikan oleh Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Kaunselor Murid, SMK Benut).

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyempurnakan penyampaikan wang Ang Pau ini. Beliau dalam ucapan khas turut mengharapkan para murid Cina supaya menjaga diri sepanjang menyambut perayaan dan cuti persekolahan ini serta jangan lupa membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru mata pelajaran. Seterusnya, beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina atau Tahun Naga.

Warga SMK Benut mengucapkan GONG XI FA CAI kepada semua murid SMK Benut yang beragama Buddha. Semoga gembira merayakan bersama-sama keluarga tersayang.





























Tahniah Atlet MSSD Merentas Desa 2012



19 Januari 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlet Merentas Desa SMK Benut yang turut memenangi kejayaan dalam pertandingan tersebut bagi peringkat MSSD di SMK Kayu Ara Pasong, Pontian pada hari ini.

Berikut keputusan penuh acara ini :

Bil
Peserta
Kategori
Kemenangan
1
CHUA ZHEN YU
L15
KETIGA
2
DAENG MOHD QAYYUM BIN EMBOK
L15
KELAPAN
3
ONG YING HOCK
L18
KELAPAN

Peserta ini akan meneruskan kejayaan ke peringkat Negeri yang akan diadakan pada bulan Februari di Pasir Gudang. 

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Tn. Hj. Ismail Bin Ahmad (Pengurus Pasukan) dan para jurulatih yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga mencapai kejayaan ini. Teruskan kejayaan ini ke peringkat seterusnya.