Thursday, November 22, 2018

Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMK Benut Tahun 2018

19 November 2018, (ISNIN),
Tempat: Dewan Makan Asrama SMK Benut

Sempena tahun 2018 yang akan melabur tirai tidak lama lagi, pihak asrama SMK Benut telah mengadakan  majlis jamuan akhir tahun. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMK Benut, En Mohd Zulfidy Bin Hj Monel. Majlis ini turut dihari semua pihak pentadbir SMK Benut, Warden Asrama, Penyelia Asrama serta guru-guru SMK Benut. Majlis berjalan dengan lancar dan pelbagai menu yang telah disediakan. Semoga pada tahun akan datang, penghuni Aspura dan Aspuri Asrama SMK Benut akan sentiasa bekerjasama dan berusaha memperoleh kejayaan kelak. 


     




























 
 BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST..!!!!

Kem Memorabilia Johor & International Regional Fellowship Jamboree 2018

Tarikh : 17 hingga 20 November 2018 (Sabtu- Selasa)
Tempat : Kem Jubli Intan, Tg Laboh, Batu Pahat 

Kem Memorabilia Johor (KMJ & International Regional Fellowship Jamboree 2018 ), telah diadakan di Kem Jubli Intan, Tg Laboh, Batu Pahat dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato Hj Osman Bin Sapian. Kem ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Tiga orang murid SMK Benut telah menyertai kem tersebut yang telah dipimpin oleh Cikgu Mohd Khairul Bin Zainal dan merupakan wakil peserta bagi Daerah Pontian. 



















BE THE BEST, DO THE BEST , WE ARE THE BEST....!!!!

Wednesday, November 21, 2018

Majlis Jamuan Akhir Tahun 2018 SMK Benut


Pada hari Ahad , 18 November 2018 – KEBIRU SMK Benut telah berjaya mengadakan majlis jamuan akhir tahun Peringkat Sekolah SMK Benut. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf kebersihan SMKB yang diadakan di Sanggar Kokurikulum, SMK Benut.

Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan ucapan Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha dan kerjasama dari guru, dan staf SMK Benut. Beliau mengharapkan agar ukhwah yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Majlis kemudian disambung pula dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Mohd Arbain bin Sapuan. En Mohd Arbain selaku tuan rumah pada hari itu, mengucapkan ucapan terima kasih atas segala kerjasama selama 2 tahun beliau dan pasukannya menerajui KEBIRU. Beliau juga mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang KEBIRU sesi 2017/2018 menjalankan tugas.

Semua warga SMK Benut kelihatan gembira menikmati pelbagai juadah dan kuih-muih yang disediakan. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada semua guru dan staf SMK Benut.

Semoga sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan. Diharap majlis ini dapat mengeratkan hubungan seluruh warga SMK Benut.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :




















Tuesday, November 13, 2018

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2018 KEPADA SEMUA MURID TINGKATAN 5 SMK BENUT



Kepada semua calon SPM 2018 SMK BENUT, selamat maju jaya.

Semoga anda semua dapat menjawab dengan baik.

Jaga kesihatan diri dan keselamatan. 

Kami warga SMK BENUT doakan kalian semua dapat menjawab dengan baik dan 
lulus cemerlang di dalam Peperiksaan SPM kelak....






BE THE BEST, DO THE BEST , WE ARE THE BEST...!!!!

MAJLIS PERSARAAN "SANJUNGAN BUDI SEMARAK KASIH" TN HAJI RAZAK BIN NASIRAN DAN TN HJ ZAKARIA BIN MD TAHIR





31 OKTOBER 2018(RABU). Majlis persaraan dua orang guru SMK BENUT telah disambut meriah baru-baru ini di Dewan Baiduri SMK Benut. Salah seorang guru yang diraikan Tn Hj Razak Bin Nasiran, juga merangkap Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Tn Hj Zakaria Bin Md Tahir selaku Guru Tingkatan 6 yang telah berkhidmat selama 24 tahun di SMK Benut .


Hari penuh bersejarah ini telah diraikan oleh rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dirangka dan disediakan oleh ahli jawatankuasa majlis. Antaranya ialah menyambut ketibaan kedua-dua orang guru dengan paluan kompang serta pertunjukan silat oleh pelajar SMK Benut, nyanyian nasyid oleh pelajar serta persembahan bacaan sajak yang disampaikan oleh beberapa orang guru bagi menyerikan majlis tersebut. 


Dalam majlis tersebut, kedua-dua guru yang bersara ini diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebagai amanat terakhir sebelum meninggalkan dunia perguruan. Majlis tambah berseri dengan tayangan video yang menarik dan mencuit hati serta penyampaian hadiah kepada kedua-dua guru tersebut. 






























BUNGA CINA BUNGA KARANGAN
TANAMLAH RAPAT TEPI PERIGI
ADIK DIMANA ABANG GERANGAN
BILALAH DAPAT BERTEMU LAGI

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEHLAH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMURKU PANJANG
BOLEHLAH KITA BERTEMU LAGI......



SELAMAT BERSARA DARI KAMI WARGA SMK BENUT....

JASAMU TETAP DIKENANG.....

BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST...!!!!

HARI SUKAN NEGARA SMK BENUT TAHUN 2018






13 OKTOBER 2018 (Sabtu), Program Hari Sukan Negara 2018 melibatkan semua pelajar SMK Benut, Pontian agar dapat memperkembangkan potensi setiap pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam pembentukan insan yang seimbang, harmonis dan berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


Hari Sukan Negara ini merupakan satu aktiviti tahunan semua sekolah dalam melahirkan rakyat sihat yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


 MATLAMAT
             1. Membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada para pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Benut, Pontian.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim, setia kawan di antara warga pendidik dengan pelajar
dan sesama pelajar. 
3. Berkonsepkan semangat setia kawan dan semangat ingin maju di samping berlumba-lumba
untuk menang. 
4. Larian ini sebagai seiring dengan satu mesej kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah.














































"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST.................!!!!