Thursday, March 31, 2016

Pemantauan PdP Pembelajaran Abad Ke-21 Oleh Pegawai PPD Bil 1/2016

30 Mac 2016: Satu pemantauan telah dijalankan oleh pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pontian khas untuk melihat sejauh mana pelaksanaan PAK 21 telah berlaku di SMKB. 

Dalam mesyuarat pembukaan, Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai yang diketuai oleh En. Esa Bin Dasim (Pegawai SIP) dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan.

Sunday, March 27, 2016

 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38
&
Anugerah Kecemerlangan
SMK Benut
Penerima anugerah SPM dan STPM 2015 bergambar bersama Dato' Haji Mohamad Jais Othman dan barisan AJK PIBG SMKB
27 Mac 2016(Ahad): Telah berlangsung majlis mesyuarat agung PIBG ke-38 di dewan Baiduri, SMK
Benut. majlis telah dirasmikan oleh Dato' Haji Mohamad Jahis B. Othman (Pegawai Khas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).  Mesyuarat kali ini telah mendapat tajaan hadiah cabutan bertuah daripada Adabi Sendirian Berhad yang berupa hamper sebanyak 30 buah.

Majlis juga telah mengadakan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar-pelajar Smk Benut. Seramai tujuh orang pelajar menerima anugerah kecemerlangan STPM 2015 sekaligus menaikan Gred Purata Sekolah (GPS) kategori tingkatan enam dalam daerah Pontian. Seorang daripada tujuh penerima anugerah telah mendapat CGPA 4.0 dan enam lagi menerima CGPA 3.6 keatas. Bagi penerima anugerah kecemerlangan SPM 2015 seramai 3 orang pelajar mendapat 6A, 3 orang pelajar  mendapat 7A, seorang mendapat 8A, 2 orang mendapat 9A dan seorang mendapat 11A. Bagi kategori penerima anugerah kecemerlangan PT3 2015 seramai 3 orang mendapat 7A dan 2 orang mendapat 10A.  Penerima anugerah kecemerlangan akhir tahun 2015 diberi bagi setiap tingkatan untuk kedudukan pertama, kedua dan ketiga sahaja. Semoga anak didik Smk Benut terus berjaya dan cemerlang. We Are The Best.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Program Pengurusan Jenazah

26 Mac 2016(sabtu): Program pengurusan jenazah telah diadakan di Smk Benut. Program tersebut telah disertai oleh para guru dan pelajar-pelajar tingkatan 6 atas Smk Benut. Objektif program tersebut adalah untuk mendedahkan para pelajar dan guru tentang pengurusan jenazah dalam islam. Penceramah program tersebut telah disampaikan oleh ustaz Hj.Abu Sajid b. Sahid dan ustazahHaniph bt. Ismail dari Pejabat Kadi daerah Pontian.


 
 
 
 


 
 
 





Sunday, March 20, 2016

Tahniah Atas Kenaikan Pangkat dan Penerima APC 2015


20 Mac 2016: Selesai sesi LDP dan mesyuarat guru bil 2/2016, tuan pengetua telah mengumumkan secara rasminya 4 orang guru telah dinaikkan ke gred perjawatan DG44 berdasarkarkan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK). Guru yang dimaksudkan adalah En. kahirul zainal, En. Firdaus, Pn. Nurshafini dan Pn. Suhani.

Seterusnya dalam majlis yang sama, diumumkan juga penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2015. Mereka adalah: Pn. Siti Rahmah, En. Roslan, Pn. Nurhaslina, Pn. Fadzlina, Pn. Norfaizah, Pn. Nurafidah dan En. Muzammil.

Tahniah kepada mereka semua.

Thursday, March 10, 2016

TAHNIAH !!! Tempat Ke-5 Kejohanan Balapan & Padang MSSD 2016

9 Mac 2016: Kejohanan Balapan dan Padang MSSD kali ini menyaksikan pasukan SMKB meraih 4 emas 7 perak dan 2 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 49 serta menduduki tempat ke-5.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan ini khususnya unit sukan SMKB.

Solat Sunat Gerhana Matahari 2016

9 Mac 2016: Seluruh dunia menyaksikan fenomena Gerhana Matahari pada hari ini. Bagi mengingati Kebesaran Allah ini seluruh warga SMKB menunaikan Solat Sunat Gerhana di dewan (lelaki) dan di surau (perempuan). Selesai solat, dibacakan khutbah khas dan diakhiri dengan tahlil ringkas.

Sebelum masuk ke kelas murid-murid dibenarkan menyaksikan sendiri fenomena gerhana tersebut di dataran perhimpunan.


Program Seminar Skor A Sains PT3 2016


8 Mac 2016: Satu taklimat teknik pembelajaran sains PT3 telah dijalankan untuk semua murid tingkatan 3RK, 3IR dan 3IK di Dewan baiduri SMKB.

Rata-rata semua murid teruja untuk mendengar dan mengikuti setiap yang disampaikan oleh En Aris Bin Hasan, penceramah daipada PC Consultant.

Semoga dengan usaha ini SMKB akan melahirkan murid-murid aliran sains tingkatan 4 tahun 2017.

Monday, March 7, 2016

Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M)

7 Mac 2016: Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia(BKAP1M) kepada murid diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2016.  Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolah pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid. Bagi SMK Benut agihan telah dijalankan pada hari ini.
Semua murid tingkatan 1 hingga 5 yang layak adalah berdasarkan pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah.


PLC Matematik: Pembelajaran Matematik Kaedah "kumon"

7 Mac 2016: Satu pertemuan Panitia Matematik telah dijalankan bagi membincangkan kaedah "kumon" dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. PLC ini adalah inisiatif Ketua Panitia dan disampaikan sendiri olehnya. 

Kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengukuhkan ingatan terhadap kemahiran-kemahiran yang diberi sewaktu pdp terutamanya kelas pencapaian sederhana dan lemah.

Kaedah ini diperkenalkan oleh seorang guru matematik Jepun, Toru Kumon sejak 1954. Keunikan kaedah tersebut terletak kepada kaedah pembelajaran kendiri mengikut keupayaan pelajar.

Pelajar belajar mengikut kebolehan individu melalui kurikulum yang tersusun. Ia mempunyai empat asas pembelajaran iaitu program individu, pembangunan tabiat belajar harian, pembelajaran kendiri dan pengulangan.

Program individu merujuk kepada kaedah pembelajaran Kumon yang dirangka berdasarkan keupayaan seseorang. Seterusnya, kaedah ini juga akan menggalakkan pelajar belajar secara sendiri dan juga belajar menjawab soalan secara sendiri. 

Dalam pengenalan konsep baru, pelajar, melalui kertas-kertas latihan yang diberi akan ditunjukkan cara yang paling mudah untuk difahami.

Kaedah pembelajaran Kumon juga memberi penekanan kepada pengulangan. Malah, sudah menjadi kebiasaan, pelajar mengulangi latihan-latihan yang telahpun disiapkan supaya mereka benar-benar mahir.

Secara keseluruhannya kaedah pembelajaran mengikut kaedah Kumon ini lebih tertumpu kepada penyelesaian latihan-latihan yang diberikan pada setiap kelas. Pelajar bukan sahaja membuat latihan-latihan yang diberikan, tetapi juga membetulkan kesalahan yang mereka buat. Dengan cara ini, pelajar dapat belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan.

Saturday, March 5, 2016

Program Menuju Menara Gading Payung Merah 2016

5 Mac 2016: Program Menuju Menara Gading Payung Merah telah dijalankan bermula 3 mac 2016 hingga 5 Mac 2016. Program ini adalah di bawah anjuran sekretariat Rakan Muda UKM dengan kerjasama RUSquad UKM dan SMK Benut.

Peserta kurus adalah terdiri daripada murid-murid calon STPM dan SPM 2016 SMK Benut. Berbagai input telah diberikan pendedahan bagi meningkatkan motivasi pelajar ke arah pencapaian cemerlang dalam akademik. Lebih manis lagi 3 orang urusetia merupakan bekas murid SMKB. Rata-rata semua peserta teruja untuk mengikuti semua aktiviti program yang dijalankan.

Dalam ucapan perasmian penutup oleh Dato' Hj. Jahis Bin Hj. Othman (Pegawai Khas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) selaku wakil rasmi YB. Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan, beliau mendoakan agar barisan murid yang berada didewan ini bakal akan menjejaki ke menara gading dan seterusnya dapat menerajui negara pada suatu masa nanti.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling atas usaha yang dicurahkan sepanjang program ini dijalankan. SMKB, We Are The Best.










Thursday, March 3, 2016

TAHNIAH!! 10 Calon SPM 2015 Meraih Kejayaan Cemerlang

3 Mac 2016: Seramai 10 orang calon SPM 2015 telah diumumkan sebagai calon cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 6A. Lebih manis lagi apabila SMKB dapat melahirkan seorang calon 'perfect score'  dengan keputusan 11A. Mereka yang cemerlang adalah terdiri daripada:
  1. Ng Chia Fang (Perfect Score 11A)
  2. Neo Pei Ying (9A)
  3. Teo Shi Ling (9A)
  4. Nur Hazimah Binti Tamhaji (8A)
  5. Yeo Hwey Fern (7A)
  6. Loh Hui Ru (7A)
  7. Elyne Chng (7A)
  8. Nurfahmi Izatul Syahadah Binti Ahmaf Faidzul (6A)
  9. Mohd Amirnur Rasyid Bin Ton Latib (6A)
  10. Nur Jannahtul Aishah Binti Abd Wahid (6A)
Secara keseluruhannya peratus kelulusan kali ini meningkat iaitu 88.54% berbanding SPM 2014 (88.44%). Walaubagaimanapun GPS agak menurun iaitu 5.59 berbanding 5.39 pada tahun 2014.

Peratus kelulusan matapelajaran pula menyaksikan  Geografi, Pendidikan Seni Visual dan ICT mencapai 100%, manakala matapelajaran yang lain: BM (91%), BI (69.8%), PI (90.8%), PM (85.2%), SJ (92.3%), Matematik (77.4%), Sains (91.0%), Sastera Melayu (79.1%), MT (49.3%), PD (80%), PA (96.8%) dan EA (70.4%).

Tahniah kepada calon yang berjaya. Tahniah juga kepada semua warga SMKB yang bertungkus lumus memastikan kejayaan SPM 2015. SMKB We Are The Best.