Pada hari Ahad , 17 November 2019 – KEBIRU SMK
Benut telah berjaya mengadakan majlis jamuan persaraan Pn Zainah di Pinetree
Hotel, Batu Pahat. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan
SMK Benut. Majlis ini juga turut
dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga yang diraikan.
Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan
berakhir pada jam 4.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh
Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan
oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan
ucapan Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua
merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala
usaha dan komitmen Pn Zainah sepanjang berada di SMK Benut. Beliau mengharapkan
agar ukhwah yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Majlis diteruskan dengan
ucapan yang diraikan yang mana beliau telah merakamkan ucapan terima kasih
kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menyumbang bakti tenaga di
SMKB.
Diharap Pn Zainah akan terus maju jaya dan
SELAMAT BERSARA dari seluruh warga SMK Benut.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :