Thursday, June 30, 2016

Majlis Khatam Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

30 Jun 2016: Majlis khatam quran dan penyampaian sumbangan hari raya aidilfitri telah berlangsung di dewan Baiduri SMKB. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya melaksanakan program khatam quran ini di bawah bimbingan ustaz Hj. Mohd Fauzi.

Sumbangan hari raya kepada 94 penerima yang disumbangkan SMKB telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro.

klik DI SINI untuk gambar-gambar seterusnya.

Wednesday, June 29, 2016

Penyampaian Sumbangan YPM / MRSM Untuk Murid Kelas Bimbingan SPM 2016

29 Jun 2016: Penyampaian sumbangan sempena Hari Raya oleh YPM / MRSM kepada 20 murid yang mengikuti kelas bimbingan di MRSM Tun Dr Ismail, Pontian.

Tuan pengarah MRSM Tun Dr. Ismail bersama kaunselor hadir menyampaikan sendiri kepada tuan pengetua SMKB dan kepada pelajar.

Solat Hajat Perdana Warga SMKB

29 Jun 2016: Semua warga islam SMKB menjalankan aktiviti solat hajat perdana di dewan Baiduri. Selesai solat hajat dan solat duha aturcara berikutnya adalah bacaan yassin dan tahlil. Tazkirah sempena ramadhan dan syawal yang bakal menjelma juga turut disampaikan oleh Ustaz Tn Hj Mohd Fauzi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ianya akan memberi impak yang baik kepada SMKB.











Majlis Pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional SMKB

26 Jun 2016: Majlis pelancaran bulan penghayatan Bidang Teknik & Vokasional telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro di Dewan Baiduri SMKB.

Antara matlamat bulan penghayatan ini adalah:
  1. Menungkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Teknik Vokasional
  2. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang.
  3. Mewujudkan pertandingan yang sihat antara individu dan kelas.
  4.  Mencungkil  bakat pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam semua pertandingan koakademik pada peringkat daerah dan negeri

Anatara program dan aktiviti sepanjang bulan penghayatan adalah seperti pertandingan memasak, explorace, lipatan napkin, terrarium, rekabentuk kerja kayu dan kabel crimping

Tuesday, June 28, 2016

Majlis Berbuka Puasa & Tarawih Asrama Asli SMKB




26 Jun 2016: Majlis berbuka puasa dan tarawih asrama Asli SMKB telah dijalankan dengan dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah dan semua ahli jawatankuasa asrama.

Majlis dimulakan dengan berbuka ringan diikuti dengan solat maghrib berjemaah di surau. Seterusnya semua tetamu dan murid asrama berbuka di dewan makan.

Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga mengucapkan "Selamat Hari Raya" yang bakal menjelang tidak berapa lagi. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang.

Pertandingan Landskap Negeri Johor 2016

Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Johor akan diadakan bermula Mac 2016 dan sesi penjurian akan dilakukan pada bulan Julai 2016. Antara tujuan pertandingan landskap ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan penghayatan dan penekanan kepada aspek penghijauan dan pengindahan bagi kawasan terlibat disamping ianya membantu menggalakkan pembangunan landskap yang berkualiti dan berterusan.
SMK telah menghantar borang pertandingan untuk dinilai. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan amanah yang diberikan. Berikut adalah gambar-gambar landskap yang telah duwujudkan oleh SMK Benut. 

















Sunday, June 26, 2016

Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa dan Tarawih


23 Jun 2016 (Khamis): Di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini warga Smk Benut telah mengambil kesempatan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-quran secara bertadarus bersama warga Smk Benut disertai dengan berbuka puasa dan terawih bersama pelajar-pelajar. Antara objektif majlis ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar nikmat berada di dalam bulan ramadhan disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga Smk Benut. Semoga apa yang dilakukan ini memperolehi keberkatan bulan ramadhan yang mulia ini.

Perkataan yang indah adalah ALLAH
lagu yang merdu adalah AZAN
Media yang terbaik adalah AL-QURAN
Senam yang sihat adalah SOLAT
Diet yang sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingatan akan DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yang suci ini hadir membawa IMAN dan TAKWA. Amin


 

 

 
 
 
 


Program Bubur Lambuk
Smk Benut
2016


23 Jun 2016 (Khamis): Bersempena menyambut bulan Ramadhan yang barakah ini dengan ikhlas hatinya warga Smk Benut telah mengadakan Program Bubur Lambuk dengan mengagihkan bubur lambuk tersebut kepada setiap orang pelajar tanpa mengira bangsa. Seramai 1000 lebih orang pelajar menerima bungkusan bubur lambuk. Bubur Lambuk tersebut disediakan dan dimasak secara bergotong-royong oleh barisan pentadbir, guru-guru dan staff sokongan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan staff sokongan di dalam menjayakan program ini. Objektif mengadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga Smk Benut dan Semoga Smk Benut sentiasa di bawah RahmatNya. We Are The Best. 









HARI TERBUKA 
SMK BENUT
 2016



22 JUN 2016 (Rabu): Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah di dalam menjayakan program hari terbuka sekolah. Program ini melibatkan semua tingkatan satu hingga tingkatan enam atas. kehadiran ibu bapa disambut dengan baik oleh pihak sekolah dan laporan kecemerlangan pelajar disampaikan oleh guru-guru setiap tingkatan. Semoga Kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa  ini dapat memberikan manfaat dan kecemerlangan yang lebih baik di masa akan datang. We Are The Best.

 

 
 
 
 
 
 
 


Klik DI SINI untuk gambar-gambar seterusnya