Saturday, December 30, 2017

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1/2018

27 - 28 Disember 2017: Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1/2018 telah dijalankan selama 2 hari di Bilik Mesyuarat SMKB. 
  • 27 Disember 2017 : Mesyuarat Guru & Mesyuarat Pengurusan Kurikulum
  • 28 Disember 2017 : Mesyuarat Pengurusan HEM & Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum
Antara intipati mesyuarat pengurusan kali ini adalah berkaitan sasaran atau KPI yang perlu dicapai pada tahun 2018. Semua guru seharusnya memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diamanahkan bagi menjamin SMKB akan terus cemerlang sama ada dalam bidang Kurikulum, Sahsiah ataupun Kokurikulum. "SMKB We Are The Best"

Wednesday, November 22, 2017

Jamuan Akhir Tahun Kebiru

19 November (Ahad): Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan kakitangan sokongan yang bertuah. dan Syabas juga diucapkan kepada Ahli jawatankuasa KEBIRU yang berjaya mengadakan majlis jamuan akhir tahun yang meriah. Semoga majlis dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga SMK Benut. We Are The Best.











Tuesday, November 14, 2017

Majlis Akhir Tahun Badan Pengawas Sekolah

10 November 2017: Majlis Akhir Tahun Badan Pengawas Sekolah telah dijalankan di Dewan Makan Asrama Asli SMKB. Semua pengawas dan Guru penasihat pengawas bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut yang seba sederhana tapi cukup bermakna. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah semua barisan pentadbir SMKB.

Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau mengucapkan ribua terima kasih atas komitmen semua ahli pengawas dalam membantu sekolah bagi menguatkuasakan peraturan sekolah. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pengawas yang baru dilantik. 

Semoga tahun 2018 dengan uniform pengawas yang serba baru akan menambahkan lagi semangat dan iltizam untuk menjadi sebuah badan yang berkepimpinan terpuji. "SMKB, We Are The Best"


 

 

Sunday, November 5, 2017

Jamuan Akhir Tahun Asrama Asli 2017

2 November 2017: Jamuan akhir tahun Asrama Asli 2017 telah dijalankan di Dewan makan Asrama dengan disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Rohani Binti A. Manaf. Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah penyelia asrama, warden, pembantu warden dan barisan pentadbir.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin & tahlil dan seterusnya solat isyak berjemaah di surau.

Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terutamanya warden asrama yang telah mengorbankan banyak masa demi menjaga keselamatan dan kebajikan penghuni asrama sepanjang tahun 2017. Beliau juga mengharapkan agar pada tahun 2018 warga dapat ditambah lagi dan dapat menyusun aktiviti yang lebih menarik terutamanya dalam meningkatkan prestasi akademik SMKB. "SMKB, We Are The Best"















 

Tuesday, October 31, 2017

Majlis Mohon Restu & Jamuan Akhir Tahun Calon SPM 2017

31 Oktober 2017: Majlis Mohon Restu dan Jamuan Calon SPM 2017 telah dijalankan di Dewan Baiduri secara sederhana tetapi cukup meriah dan bermakna.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan wakil pelajar dan ucapan Tuan Pengetua. Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau mengharapkan agar semua calon SPM sentiasa dalam keadaan yang bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Beliau juga mengingatkan agar dapat memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat dijaga supaya tidak mengganggu penumpuan calon sewaktu peperiksaan sedang berlangsung.
Selesai ucapan tuan pengetua, semua murid bersalam-salaman sambil memohon restu kepada semua pentadbir dan guru-guru matapelajaran mereka. Semoga semua calon SMKB akan beroleh kejayaan yang cemerlang. "SMKB, We Are The Best"