Saturday, February 25, 2012

Tahniah Kelab Boling SMK Benut



23 Februari 2012 – Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada pemain Kelab Boling SMK Benut (Lelaki Bawah 18 Tahun) yang telah berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan Kejohanan Tenpin Boling MSSD Pontian yang diadakan di Pusat Boling, Plaza Harta, Pontian pada hari ini.

Seramai 35 orang peserta yang bertanding bagi kategori L18. SMK Benut telah menghantar penyertaan seramai 9 orang peserta dalam kategori ini. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut :

NAMA PESERTA
TINGATAN
KEJAYAAN
MUHAMMAD AMIRUL ADLI BIN TON LATIB
5 IBNU RUSYD
KEEMPAT
MUHAMMAD AHNAF BIN SAMSUDIN
4 AL-FARABI
KETUJUH
MUHAMMAD ADAM BIN SAMSUDIN
5 IBNU KHALDUN
KESEPULUH

Tahniah kepada Muhammad Amirul Adli Bin Ton Latib yang telah terpilih mewakili daerah Pontian untuk meneruskan kejayaan ke peringkat MSSJ yang akan diadakan di Diamond Bowl, Johor Bahru pada 5 – 7 Mac 2012. 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pengurus dan Jurulatih yang memastikan kejayaan cemerlang ini.














Perhimpunan Kokurikulum Kali Kedua



22 Februari 2012 – Perjumpaan Khas Kokurikulum Kali Kedua telah berjaya diadakan pada hari ini di Dataran Baiduri, SMK Benut. Perjumpaan Khas Kokurikulum telah dikelolakan sepenuhnya oleh Unit Uniform Kadet Bomba dan Penyelamat di bawah pimpinan Guru Penasihat, iaitu Encik Abd. Khalil Bin Mohd Masri.

Perhimpunan dimulakan dengan kawad kaki dan seterusnyan nyanyian lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Kadet Bomba dan Penyelamat. Tujuan diadakan perhimpunan ini untuk melatih kepimpinan pasukan unit uniform untuk mengendalikan perhimpunan dan menampilkan aktiviti khas kepada unit uniform yang lain. Pada perhimpunan ini, satu pertunjukkan teknik memadamkan api telah diadakan.

Tahniah kepada Unit Uniform Kadet Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengendalikan perhimpunan khas kali ini. 


























Tuesday, February 21, 2012

Pemilihan Atlet MSSD Pontian 2012



20 Februari 2012 – Pemilihan Atlet SMK Benut ke peringkat MSSD telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 3.30 petang di padang SMK Benut. Pemilihan ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Unit Sukan SMK Benut.

Pemilihan ini diadakan selama dua hari bermula hari ini dan esok. Pada hari ini pemilihan kepada acara padang, iaitu lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru, lempar cakera, dan rejam lembing. Manakala pada hari kedua pula lebih kepada acara balapan.

Kerjasama daripada pengurus rumah sukan amat baik serta kehadiran murid yang terlibat untuk menyertai pertandingan ini. Tahniah kepada yang terpilih dan teruskan latihan untuk menyertai pertandingan ke peringkat MSSD Pontian nanti. 



Monday, February 20, 2012

Pelaksanaan Kad Keluar



18 Februari 2012 – Bermula pada hari ini pemakaian Kad Keluar Khas diberikan kepada murid yang berhajat untuk keluar ke tandas atau urusan yang diarahkan oleh guru yang sedang mengajar.

Tujuan pemakaian Kad Keluar ini untuk memastikan murid tidak ponteng kelas dan keluar kelas tanpa kebenaran guru. Selain itu, mengehadkan murid keluar terlalu ramai di kawasan sekolah semasa pembelajaran dan pengajaran. Satu Kad Keluar ini membenarkan hanya seorang bagi murid lelaki manakala murid perempuan dibenarkan seramai dua orang serta bergantung untuk sesuatu urusan yang diarahkan oleh guru.

Diharap semua warga SMK Benut akur peraturan yang dilaksanakan ini oleh Unit Hal Ehwal Murid