Monday, July 6, 2009

Pertandingan Melukis Poster Muzium dan Pelancongan Negeri Johor 2009


Sempena Sambutan Hari Muzium Sedunia, Yayasan Warisan Johor melalui Muzium Negeri Johor telah menganjurkan pertandingan melukis poster bertemakan muzium dan pelancongan, bertempat di Muzium Kota Tinggi, Johor pada 27 – 28 Jun 2009.

Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori menengah atas dan kategori menengah rendah. Pertandingan diadakan secara spontan selama 4 jam.

SMK Benut telah berjaya dengan cemerlang dimana dalam kategori menengah rendah, Nursyafiqah bt. Aspani (3 Ibnu Sina) telah muncul JOHAN dengan meraih RM500 manakala kategori menengah atas, Nurhalimah Mahadi (5 Ibnu Khaldun) telah mendapat NAIB JOHAN dengan hadiah RM600.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak didik Cikgu Roslan Idris yang telah mengharumkan nama SMK Benut.



Pertandingan Melukis Identiti Johor (terbuka secara spontan) Sempena Perasmian Pameran Pelukis – Pelukis Johor 2009



Pada 21 Jun 2009 lalu seorang pelajar SMK Benut (MOHD RAZIB BIN ABD RAZAK ) telah menyertai Pertandingan Melukis Identiti Johor. Seramai 30 peserta berumur 17 tahun keatas telah menyertai pertandingan yang diadakan secara spontan selama 4 jam.

Apa yang sangat istimewa ialah beliau satu-satunya pelajar sekolah yang menyertai pertandingan tersebut dan telah bersaing dengan pelajar IPT dan peserta dalam kalangan guru dan profesional dan beliau telah mendapat tempat KELIMA terbaik.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak didik Cikgu Roslan Idris yang berjaya mengharumkan nama SMK Benut.

Friday, July 3, 2009

Salam Perpisahan


3
Julai 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Lebi Binti Md Taher atas perlantikan sebagai Ketua Pembantu Tadbir (N22) di SMK Parit Betak, Pontian, Johor yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2009.

Ucapan terima kasih dan penghargaan atas jasa dan khidmat cemerlang yang diberikan selama berkhidmat bermula 16 Mac 2008 di SMK Benut, Pontian, Johor.

Kami doakan kesejahteraan dan selamat berkhidmat di tempat yang baru.



Hari Terbuka SMK Benut 2009


3 Julai 2009 – Hampir 90 % ibu bapa hadir ke Program Hari Terbuka dan Pembayaran Yuran Persekolahan Tahun 2009 pada hari ini. Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir dan memberikan komitmen terhadap program yang diadakan.


Tuesday, June 30, 2009

Tahniah SMK Benut


30 Jun 2009
– Keputusan Rasmi Pertandingan Festival Pendidikan Sains dan Teknologi Daerah Pontian yang diadakan di SMK Dato’ Penggawa Barat pada 25 Jun 2009 telah berjaya memperolehi kemenangan kepada SMK Benut.

Dua pertandingan yang disertai, iaitu ‘Cooking With Nature’ diwakili oleh M. Sharazif Bin Baharuddin (3 Ibnu Rusyd), Siti Shahrunniza Binti Kasbolah (3 Ibnu Rusyd), Nur Ashikin Binti Kosnin (3 Ibnu Rusyd) manakala pertandingan ‘Solar Car Race’ diwakili oleh Andy Shaiful Bin Aziz (5 Ibnu Sina), Syazwan Bin Baharuddin (5 Ibnu Sina) dan Joseph Ho Zu Xu (4 Ibnu Sina).

Kedua-dua pertandingan tersebut telah berjaya mendapat NAIB JOHAN. Mereka juga berjaya mewakili Daerah Pontian ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Pasir Gudang, Johor pada 6, 7 dan 8 Julai 2009. Semoga kecemerlangan berjaya dicapai nanti. Insyaallah.

Ucapan terima kasih kepada Guru Pembimbing, iaitu Encik Mohdd Nor Firdaus Bin Ngamar, Puan Hajah Azhariah Binti Omar, Cik Noormawati Binti Mohd Rasif dan Puan Siti Salyena Binti Pungut.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan tersebut.

Wednesday, June 24, 2009

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti


23 Jun 2009 – Kursus Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Menengah Negeri Johor telah berjaya diadakan kepada semua warga SMK Benut pada hari ini di Bilik Mesyuarat SMK Benut.


Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Hamid Bin Buhairah (Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Perhentian, Pontian).


Warga SMK Benut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah memberikan banyak input berkaitan kursus ini.



Sambutan Hari Koperasi SMK Benut


23 Jun 2009 – Sambutan Hari Koperasi Sekolah SMK Benut telah berjaya dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) pada perhimpunan pagi.

Pelbagai program telah diaturkan oleh pihak Koperasi SMK Benut seperti pertandingan kuiz, ceramah motivasi kepada para pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4, pertandingan menanam pokok herba, pertandingan fotografi, pelbagai jualan istimewa, lawatan sambil belajar, dan pelbagai lagi.