Tuesday, July 27, 2010

Bulan Penghayatan Teknik dan Vokasional


26 Julai 2010 – Majlis Penutupan Rasmi Bulan Penghayatan Teknik dan Vokasional telah disempurnakan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) di perhimpunan rasmi mingguan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut.

Pelbagai aktiviti pertandingan telah dijalankan sepanjang bulan Jun hingga Julai dengan penyertaan yang amat menggalakkan terutama daripada warga SMK Benut. Antara aktiviti pertandingan yang telah berjaya dijalankan seperti pertandingan memasak (kumpulan), mengukir gubah buah-buahan (kumpulan), menanam pokok hiasan (individu), kitar semula (kumpulan), kuiz KHB (individu), reka bentuk projek kayu (kumpulan), kursus membuat kek blueberry sponge cake (kumpulan), anugerah pelajar KHB cemerlang dan anugerah guru KHB Cemerlang.

Tuan Pengetua telah sudi menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang. Puan Asiah Binti Yamin (Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional) telah mengumumkan anugerah guru KHB cemerlang dimenangi oleh Puan Hajah Asiah Binti Juli.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang.










































SENARAI NAMA PEMENANG SEMPENA BULAN PENGHAYATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KHB






1 Pertandingan Memasak (Kumpulan) Menengah Atas Johan Siti Alijah bt. Ali (4 Ibnu Rusyd) Cencaru Bakar Maggie
Naib Johan Nuras'wain bt. Wagiman (5 Ibnu Sina) Chap Chai Maggie
Tempat Ketiga Siti Nor Liyana bt. Zainuddin (5 Ibnu Sina) Maggie Supreme
Menengah Bawah Johan Nurul Syafiqah bt. Tapak (2 Ibnu Sina) Pulut Maggi
Naib Johan Noorfarahana bt. Mazlan (2 Al Khindi) Maggi Ratna
Tempat Ketiga Nuridayu bt. Ahmad Latfi (2 Ibnu Sina) Popia Maggi
2 Pertandingan Tanaman Pokok Hiasan (Individu) Kategori Pelajar Johan Muhammad Syahril b. Tahir (3 Al Khindi)
Naib Johan Fazrul Helmy b. Basiran (3 Al Khindi)
Tempat Ketiga Sofi Sofia bt. Rosli (3 Al Khindi)
Kategori Guru Johan Pn. Fareza bt. Momen
Naib Johan Pn. Hjh. Halijah bt. Ismaila
Tempat Ketiga Pn. Siti Murni bt. Samsuri
3 Pertandingan Gubah Buah-Buahan (Kumpulan) Johan Normarita bt. Mohd Sarbini (5 Al Khindi)
Naib Johan Nur Rashida Yana bt. Syamsul Bahri (5 Al Farabi)
Tempat Ketiga Norelyzani bt. Rosdi (5 Al Khindi)
4 Pertandingan Kitar Semula (Kumpulan) Johan Dalel Amerrul b. Isa (2 Al Farabi)
Naib Johan Mohammad Shahrul Hufizan b. Zaidin (2 Ibnu Rusyd)
Tempat Ketiga Mohd Haikal Akmal b. Kosnan (2 Ibnu Khaldun)
5 Pertandingan Kuiz KHB (Individu) Johan Nur Syiela bt. Abdul Radzuan (3 Al Farabi)
Naib Johan Hafizah bt. Atan (3 Al Farabi)
Tempat Ketiga Nurul Zahidah bt. Abd. Razak (3 Al Farabi)
6 Pertandingan Reka Bentuk Projek Kayu (Kumpulan) Johan Mohamad Hafiz b. Ismail
Naib Johan Mohd Ikhmal Hakim b. Ab Wahab
Tempat Ketiga Muhd Abqari Asyraf b. Sahdan
7 Pertandingan Buku Nota KHB (Individu) Johan Dwi Yanty Augustynah bt. Saji (2 Ibnu Khaldun)
Naib Johan Tan Xin Yin (2 Ibnu Khaldun)
Tempat Ketiga Ameera Amanina bt. Talib (2 Al Farabi)
8 Kursus Membuat Kek Blueberry Sponge Cake (Kumpulan) Cenderahati Guru Norhidayah bt. Abdullah  (Kumpulan A)
Cenderahati Guru Yazmin Shakilla bt. Yaakub (Kumpulan B)
Cenderahati Guru Haslinda bt. Abu Sari @ Mingan (Kumpulan C)
Cenderahati Guru Afidah bt. Salleh (Kumpulan D)
Cenderahati Guru Fadzlina bt. Dolah (Kumpulan E)
Cenderahati Guru Hjh. Azniza bt. Zakaria (kumpulan F)
9 Anugerah Pelajar KHB Cemerlang (Individu) Tingkatan 1 Nurzahirah Hazwani bt. Azman Shah (1 RK)
Tingkatan 2 ERT Nor Syafiqa Amira bt. Mohd Sunanin (2 Ibnu Khaldun)
PT Mohd Syafiq b. Jalal (2 RK)
PK Nurul Shafiqah bt. Tapak (2 RK)
Tingkatan 3 ERT Nursyamiratul Azwin bt. Kamarun Jamal (3 Ibnu Khaldun)
PT Muhammad Amirul Asraf b. Yakob (3 RK)
PK Shaidatul Addila bt. Khamis (3 RK)
10 Anugerah Guru KHB Cemerlang (Individu) Guru Puan Hajah Asiah Binti Juli


Program DAKAP kepada Pelajar Cina SMK Benut


21 Julai 2010 – Majlis penyampaian wang saku pelajar yatim piatu dan kurang mampu (Program DAKAP) telah disampaikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) pada pagi ini. Seramai 18 orang pelajar yang terdiri dalam kalangan pelajar Cina dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 terlibat dalam majlis tersebut.

Warga SMK Benut mengharapkan wang saku yang diberikan dapat digunakan untuk keperluan pelajaran dan seterusnya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.












Tuesday, July 20, 2010

Selamat Datang dan Menjalankan Latihan Praktikum


19 Julai 2010 – Selamat datang dan selamat menjalankan latihan praktikum kepada dua orang guru pelatih dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Mereka akan menjalankan latihan praktikum bermula pada hari ini sehingga 22 Oktober 2010. Mereka masih dalam melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Mereka akan dibimbing oleh Puan Hajah Asiah Binti Juli dan Cik Jumaliah Binti Rahmat.

Warga SMK Benut mengalu-alukan sebagai warga SMK Benut dan semoga bersedia untuk menimba ilmu serta kemahiran sebagai pendidik sebanyak yang mungkin di SMK Benut.


CIK NUR HAFIZOH BINTI IDRIS
ALOR SETAR, KEDAH


CIK SUZAN JESSICA SIMON
SLIM RIVER, PERAK