assalamualaikum.gif

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Selamat Datang Ke Portal Rasmi SMK Benut. Terima kasih dengan kunjungan anda. Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua warga Pendidik SMK Benut.

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| BERSAMA MEREALISASIKAN VISI SMK BENUT GEMILANG TAHUN 2009 ||| TERIMA KASIH

Ucapan Khas Sempena Hari Guru 2008


Kepada semua warga SMK Benut, anda boleh sampaikan ucapan terima kasih atau sebagainya sempena sambutan hari guru tahun ini kepada warga pendidik SMK Benut.


Hantar Ucapan Hari Guru | Lihat Ucapan Yang Dihantar

"SELAMAT PENGANTIN BARU"


*=*=*=*=*

“Selamat Pengantin Baru”

HADIJAH BINTI HJ. MISRAN
dengan pasangannya
AZMI BIN MOHD NOR

*=*=*=*=*
RUNAIZA BINTI TUMIN
dengan pasangannya
MOHD RIDZUAN BIN MOHAMED ALI

*=*=*=*=*
ARBAEN BIN HJ. MOHD HANAFFI
dengan pasangannya
RAFIDAH BINTI HJ. RAJIMIN

*=*=*=*=*
SURAYA BINTI SHAMSUDDIN
dengan pasangannya
KAPT. MOHD KAMALUDIN BIN AB. RAHMAN

*=*=*=*=*

Warga SMK Benut mendoakan kebahagian dan berkekalan sehingga akhir hayat.
 

Kenali SMK Benut

Sunday, September 30, 2007

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar



Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".


Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Perkara yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah di dalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Perkara yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
  • Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
  • Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

0 comments:

Renungan Minda

"Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri"
         

Orang yang terpuji bukanlah orang yang pernah jatuh, tetapi orang yang telah jatuh dan dapat bangun kembali.





Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri.





Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas dan tidak ada ketinggian peribadi melainkan rajin.





Kalau anda asyik berfikir hidup ini sukar, maka sukarlah hidup anda tetapi kalau anda membina ketahanan dalam diri, maka anda akan menguasai hidup anda yang sukar itu.





Setiap orang harus dimanfaatkan menurut kemampuan mereka kerana harus diinsafi bahawa tiada seorang pun manusia yang sempurna.





Orang yang gagal dalam usahanya, masih tetap lebih baik daripada orang yang tidak berusaha sama sekali.





Tiada siapa yang boleh terlepas daripada melakukan kesilapan. Akui kesilapan anda, kesalinya dan belajar daripadanya.





Orang yang hanya tahu menerima tetapi tidak tahu memberi, tidak akan berasa bahagia di dunia ini.





Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.





Belajar tanpa berfikir amat merugikan tetapi berfikir tanpa belajar lebih berbahaya.





Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri.





Sekiranya seseorang manusia itu tidak berfikiran jauh, dia akan menyesal dengan apa yang dilakukan.





Apabila kita tidak mampu memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang kita miliki. Dunia penuh dengan pertentangan. Ada penderitaan dan kebahagian, ada cahaya dan bayang-bayang, ada kelahiran dan kematian.





Barang siapa tahu akan kesalahan sendiri, dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapa pun.





Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapi, penipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri.


*=*=* "Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri" =*=*

 

Aduan @ Cadangan




Hantar Aduan Di Sini

Lihat Aduan Dihantar

Anda juga boleh membuat aduan, cadangan atau pendapat untuk menambahbaikan pentadbiran SMK Benut melalui sistem SMS
Caranya :
Tekan : PPDPA[kod sekolah] jarak [aduan] dan hantar kepada 33886
Contoh :
PPDPAJEE6017 jarak [Aduan anda] dan hantar sms kepada 33886

Prihatin

Prihatin

Hubungi Kami

Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor. E-mail : smkbenut_jhr@yahoo.com TEL : 07-6903254 FAX : 07-6906613
View my complete profile

PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2008