Wednesday, April 30, 2008

Tahniah SMK Benut


Ucapan tahniah dan syabas kepada Haleda Aqila Binti Nasis pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat Hadiah Ketiga dalam pertandingan Anugerah Harta Intelek Negara 2008 peringkat kebangsaan yang telah diadakan di KLCC, Kuala Lumpur pada 24 April 2008. Hadiah berupa plaque, wang tunai dan sijil penghargaan. Hasil ciptaan yang dipertandingkan dikenali sebagai Multi Flexi.

Beliau juga turut berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat Hadiah Kedua dalam pertandingan Anugerah Pereka Muda Malaysia 2007 bagi kategori pelajar sekolah yang telah diadakan di Auditorium SIRIM Berhad, Selangor pada 29 April 2008. Hadiah berupa plaque, wang tunai dan sijil penghargaan. Hasil ciptaan yang dipertandingkan turut sama iaitu Multi Flexi. Beliau merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah dan guru pembimbing iaitu Encik Roslan Bin Idris yang banyak membantu dan memberi bimbingan sehingga berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang ini.

Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang dicapai.

No comments: