Monday, August 25, 2008

Kem Motivasi Asrama SMK Benut



22 - 24 Ogos 2
008 - Seramai 36 orang pelajar Asrama SMK Benut telah mengikuti Kem Motivasi yang diadakan di Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor. Kem ini diasakan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti telah berjaya diikuti antaranya ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan, dan lawatan sambil belajar di Tanjung Piai. Antara penceramah yang diundang untuk memberikan motivasi, iaitu Encik Ismail Bin Ali (Guru Disiplin SMK Benut) dan Tuan Haji Ali Bin Abdullah (Unit Pengurusan Sekolah, PPD Pontian). Majlis Penutupan Kem Motivasi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Osman Bin Bongsu (merangkap Pengerusi Orang Asli Semenanjung Malaysia).



No comments: