10 Oktober – Majlis Restu Ilmu PMR 2008 kepada para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR bermula 13 Oktober sehingga 17 Oktober telah diadakan di Dataran Baiduri, SMK Benut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Tuan Pengetua, SMK Benut).
Program ini diadakan bertujuan supaya para pelajar jelas dalam minda bahawa para guru redha dan ikhlas dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi mencapai prestasi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Majlis ini dianjurkan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat meningkatkan lagi semangat juang dan keyakinan para pelajar semasa menghadapi peperiksaan PMR dan terutamanya semasa menjawab soalan yang dikemukakan nanti.
Pada majlis itu juga, diadakan penyampaian alat tulis dan slip peperiksaan kepada para pelajar. Warga SMK Benut mendoakan kejayaan cemerlang dan selamat menjawab. Insyaallah.
| | |
| | |
| | |
No comments:
Post a Comment