Wednesday, April 30, 2008

Tahniah SMK Benut


Ucapan tahniah dan syabas kepada Haleda Aqila Binti Nasis pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat Hadiah Ketiga dalam pertandingan Anugerah Harta Intelek Negara 2008 peringkat kebangsaan yang telah diadakan di KLCC, Kuala Lumpur pada 24 April 2008. Hadiah berupa plaque, wang tunai dan sijil penghargaan. Hasil ciptaan yang dipertandingkan dikenali sebagai Multi Flexi.

Beliau juga turut berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat Hadiah Kedua dalam pertandingan Anugerah Pereka Muda Malaysia 2007 bagi kategori pelajar sekolah yang telah diadakan di Auditorium SIRIM Berhad, Selangor pada 29 April 2008. Hadiah berupa plaque, wang tunai dan sijil penghargaan. Hasil ciptaan yang dipertandingkan turut sama iaitu Multi Flexi. Beliau merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah dan guru pembimbing iaitu Encik Roslan Bin Idris yang banyak membantu dan memberi bimbingan sehingga berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang ini.

Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang dicapai.

Thursday, April 24, 2008

Tahniah Pasukan Unit Uniform Kadet Polis, KRS dan PBSMM SMK Benut

23 April 2008 - Pasukan Kadet Polis SMK Benut telah menyertai pertandingan kawad kaki kategori perempuan (GO) peringkat Daerah Pontian yang diadakan di SMK Telok Kerang, Pontian. Pasukan Kadet Polis telah berjaya mengharumkan nama SMK Benut dengan mendapat JOHAN dalam pertandingan tersebut.

Pasukan Kadet Remaja Sekolah (Kategori Perempuan) turut mengharumkan nama sekolah dengan berjaya mendapat NAIB JOHAN dalam pertandingan tersebut.

Sementara Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi kategori Perempuan (NGO) pula turut menyumbang kejayaan dengan mendapat SAGUHATI (Tempat Keempat).

Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas atas kecemerlangan anda. Terima kasih.

Monday, April 14, 2008

Tahniah Pasukan L15 Bola Baling - Johan





Isnin, 14 April 2008, Pasukan Lelaki 15 Tahun Bola Baling SMK Benut telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan Bola Baling MSS Peringkat Daerah Pontian yang diadakan di padang SMK Dato Ali Haji Ahmad (SDAHA).

Sebelum mencapai kejayaan, pasukan SMK Benut telah berjaya menewaskan pasukan SMK Pekan Nanas dan SMK Kayu Ara Pasong. Pada peringkat Separuh Akhir pula, SMK Benut telah berjaya menewaskan pasukan MRSM, Pontian. Seterusnya, berjaya mencapai kejayaan di peringkat akhir dengan menewaskan SDAHA.



Senarai nama pemain :

BIL

NAMA PEMAIN

TINGKATAN

1

MUHAMMAD SYUKRI BIN MONTIL

3 AL BIRUNI

2

MOHD ZAINUDDIN BIN MOHD AMIN

3 AL BIRUNI

3

JOESEPH HI ZU XU

3 IBNU SINA

4

LEE CHIN KIAT

3 IBNU RUSYD

5

AZIZUL BIN MOHD

3 AL KINDI

6.

TAN RUI LIN

3 IBNU SINA

7

GAN LEI HAN

3 IBNU RUSYD

8

MUHAMMAD SHAHRIL BIN ABDULLAH

3 IBNU KHALDUN

9

KHAIRUL ANUAR BIN BUANG

3 IBNU KHALDUN

10

LEE WAI SENG

3 AL KINDI

11

MOHD NAZRUL BIN MASWAN

3 AL KINDI

12

MOHD FAIZAL

2 IBNU RUSYD



Senarai Pemain yang terpilih mewakili daerah Pontian ke peringkat negeri Johor

BIL

NAMA PEMAIN

TINGKATAN

1

MOHD ZAINUDDIN BIN MOHD AMIN

3 AL BIRUNI

2

JOESEPH HI ZU XU

3 IBNU SINA

3

LEE CHIN KIAT

3 IBNU RUSYD

4

AZIZUL BIN MOHD

3 AL KINDI

5

LEE WAI SENG

3 AL KINDI

6

DAYANG SUHANA BINTI MISNON

4 AL KINDI

7

ANDEK NORHAFILAH BINTI BACHOK

4 IBNU RUSYD



Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain pasukan L15 atas kejayaan anda serta pemain yang terpilih mewakili daerah Pontian ke peringkat negeri Johor yang akan diadakan di Muar pada 28 April nanti.



Monday, April 7, 2008

Tarikh Terbaru UPSR, PMR, STAM dan SPM 2008

Tarikh baru bagi peperiksaan seperti berikut :

UPSR (9 - 11 September)

PMR (13-17 Oktober)

STAM (20-22 Oktober dan 28-29 Oktober)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikekalkan pada 12 November sehingga 6 Disember