Saturday, February 14, 2009

Kem Jatidiri dan Kecemerlangan SPM 2009



14 Februari 2009
– Kem Jatidiri dan Kecemerlangan SPM 2009 di bawah Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama SMK Benut telah diadakan di Dewan SMK Benut selama dua hari dan satu malam bermula pada hari Sabtu, 14 Februari 2009 dan berakhir petang hari Ahad, 15 Februari 2009. Seramai 132 orang pelajar telah menyertai program ini.

Matlamat program ini diadakan untuk merangsang minda dan pemikiran, membangkitkan azam, tekad dan iltizam bagi mengukuhkan daya juang, tanggungjawab serta membina keyakinan diri serta membantu pelajar meneroka potensi diri untuk kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Amran Bin Mohd Ariffin, Ketua Unit Bahagian Teknologi Maklumat, YPM. Beliau mengharapkan program yang diatur dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan seterusnya mengharapkan para peserta kursus mendapatkan input yang banyak dan menggunakannya dalam pelajaran.

Program ini diketuai oleh Encik Ismail Bin Ali selaku ketua Fasilitator dengan dibantu oleh 21 orang fasilitator. Pelbagai program diadakan seperti Ice Breaking, Motivasi Akhlak Cemerlang, Bahtera Kasih, Bekalan Pelajar Cemerlang, Kembara Pelajar Cemerlang, Eksplorace Jati Diri dan Kecemerlangan dan Refleksi Kendiri. Tetamu khas turut sudi menjayakan program ini iaitu ustaz Akhwan Bin Affandi dan ustaz Mohamad Asri Bin Ibrahim (bekas vokalis Rabbani).


140220093315.jpg



140220093316.jpg



140220093317.jpg



140220093318.jpg



140220093320.jpg



140220093321.jpg


Lagi Gambar Menarik...


No comments: