Wednesday, May 6, 2009

Keputusan Rasmi Karnival Pencegahan Dadah Daerah Pontian


6 Mei 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Dikir Barat Kumpulan Simandakini yang berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Pontian yang diadakan di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi, Pontian.
Pasukan ini akan mewakili daerah Pontian ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 15 - 16 Mei 2009 di Kulai.

Bagi pertandingan melukis poster pula, kecemerlangan berpihak kepada SMK Benut, iaitu bagi kategori melukis poster Menengah Rendah dan Menengah Atas mendapat JOHAN. Mereka diwakili oleh Nursyafiqah Binti Aspani (3 Ibnu Sina) - kategori Menengah Rendah manakala Nurhalimah Binti Mahadi (5 Ibnu Khaldun) - kategori Menengah Atas. Mereka ini akan mewakili daerah Pontian ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 15 - 16 Mei 2009 di Kulai.


Seterusnya, pertandingan mendeklamasikan sajak SMK Benut yang diwakili oleh Zurita Binti Tahir (6 Ibnu Sina) hanya berjaya mendapat tempat KETIGA.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan ePPDa multimedia yang mendapat tempat KETIGA yang diadakan pada 5 Mei 2009 di Makmal Komputer SMK Benut. Mereka terdiri daripada Mohd Fouad Bin Mohd Noh (4 Ibnu Khaldun), Muhd Hisham Bin Samion (4 Ibnu Khaldun) dan Mohd Norazhar Bin Saini (4 Ibnu Sina).

Syabas atas kejayaan anda semua untuk kecemerlangan SMK Benut.

Kumpulan ePPDa SMKB.jpg

Kumpulan Simandakini SMKB.JPG

Kumpulan ePPDa SMK Benut

Kumpulan Simandakini SMK Benut


No comments: