Tuesday, June 16, 2009

Identiti Baru Pelajar Pra Universiti SMK Benut Tahun 2009


16 Jun 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar Pra Universiti Tahun 2009 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke SMK Benut. Pihak pengurusan dan pentadbiran Pra Universiti SMK Benut telah membuat perubahan besar dalam meningkatkan imej dan identiti pelajar Pra Universiti pada tahun ini iaitu dengan menukarkan lencana, uniform dan pertukaran nama kelas. Tahniah juga SMK Benut kerana dipilih menjadi Sekolah Pusat Tingkatan Enam Daerah Pontian.
Berikut perubahan-perubahan yang telah dilakukan :
Reka bentuk keseluruhan :
Logo Majlis Perwakilan Pra Universiti (MPPU) terdiri daripada lengkungan satu garisan tebal membentuk sebiji nanas, sebuah buku yang terbuka di bahagian bawah, perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut beserta 3 buah buku yang terbuka di bahagian atas.
Lengkungan rekabentuk keseluruhan logo MPPU digambarkan sebagai sebiji buah nanas, adalah pengenalan bahawa MPPU SMK Benut terletak di dalam daerah Pontian, yang pernah menjadi pengeluar nanas terbesar di dunia.
Dari sumber asli kepada satu rekabentuk kontemporari - adalah bersesuaian dengan MPPU yang mempunyai imej dan watak baru dengan mengekalkan nilai-nilai tradisional.
Sebuah buku terbuka di bahagian bawah menunjukkan MPPU sebagai wadah pencarian ilmu dan pertanggungjawaban kepada tiap-tiap manusia berilmu buat menzahirkan kebenaran, membentuk sikap berani tampil ke muka umum bagi menerajui kepimpinan
di pelbagai peringkat.
Perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut memberikan maksud bahawa kekuatan kepercayaan kepada Tuhan dan keutuhan jatidiri bagi setiap warga siswa dan siswi MPPU SMK Benut sebagai satu nilai trampil yang utama. Ia menjadi satu simbul kebanggaan produk SMKB selain kejayaan dalam bidang pendidikan.
3 buah buku terbuka di bahagian atas yang membentuk pucuk nanas adalah petunjuk bahawa hanya dengan keimanan, memuliakan ilmu pengetahuan, dan amalan nilai-nilai hidup yang murni sahaja, baru akan terbina satu keperibadian nasional bagi membangun negara ke persada dunia.
Warna: Logo ini mengandungi 3 warna utama;
  1. Ungu – menunjukkan kematangan dalam meneroka kecemerlangan dalam menimba ilmu pengetahuan dalam lingkaran dunia global.
  2. Oren – menunjukkan suasana pembelajaran di SMK Benut yang harmoni, segar, penuh cahaya seterusnya mendorong semangat yang kuat untuk menghadapi cabaran ilmu.
  3. Putih – menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan akan menjadikan warga MPPU sebagai insan berjiwa besar dan berhati bersih.
Warna pakaian :
  1. Coklat – lambang kekuatan semangat, tetap cita-cita, berani menghadapi cabaran, dan cinta kepada penyelidikan dan kajian-kajian berbentuk ilmiah dan logik.
  2. Emas – menjadi lambang nilai ilmu yang tinggi seperti nilai emas bahkan jika boleh ia disimpan pada suatu bekas, biarlah bekas itu juga berwarna dengan warna salutan emas.
Disediakan oleh :
Puan Misslina Binti Jelani

No comments: