Thursday, March 11, 2010

Tahniah Pelajar SPM Tahun 2009


11 Mac 2010 – Warga SMK Benut merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada para pelajar Tingkatan 5 tahun 2009 yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diumumkan keputusannya pada hari ini.

Seramai dua orang pelajar telah berjaya mendapat Cemerlang, iaitu LEE SER HUI (7 A+, 4A). dan  LEE JIAT LING (5A+, 4A, 2A- ).

Seterusnya, turut diucapkan tahniah kepada NUR HIDAYAH BINTI AHMAD yang mendapat 9A dan MOHD FAHMI BIN ABDULLAH yang mendapat 8A.

Seramai 176 orang pelajar telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun lepas. Seramai 162 orang pelajar layak mendapat sijil, iaitu sebanyak 92.05 % dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sebanyak 3.91 serta Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 5.69.

Analisis Peratus Lulus Mengikut Mata Pelajaran :

Mata Pelajaran
Peratus Lulus
BAHASA MELAYU
92.0
BAHASA INGGERIS
73.8
PENDIDIKAN ISLAM
90.0
PENDIDIKAN MORAL
74.1
SEJARAH
73.2
MATEMATIK
82.3
SAINS
87.1
KESUSASTERAAN MELAYU
72.4
GEOGRAFI
100
PENDIDIKAN SENI VISUAL
100
MATEMATIK TAMBAHAN
76.6
PERDAGANGAN
76.3
PRINSIP PERAKAUNAN
100
EKONOMI ASAS
72.2
ICTL
100
FIZIK
100
KIMIA
96.6
BIOLOGI
96.5
SAINS SUKAN
77.1
TASAWWUR ISLAM
93.5
BAHASA CINA
91.4


Warga SMK Benut mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang banyak memberikan sokongan, motivasi serta mendidik para pelajar sehingga berjaya dengan cemerlang. Seterusnya, kejayaan ini menjadi perangsang dan semangat kepada para pelajar tingkatan 5 tahun 2010 ini untuk lebih berusaha dari sekarang bagi meneruskan kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Insyaallah. SMK Benut Pasti Boleh…


 Pelajar Cemerlang SPM 2009 
Dari kiri - LEE JIAT LING, LEE SER HUI, NUR HIDAYAH BINTI AHMAD dan 
MOHD FAHMI BIN ABDULLAH





No comments: