Tuesday, June 29, 2010

Hari Koperasi Sekolah 2010


28 Jun 2010 – Sambutan Hari  Koperasi Sekolah (HKS) tahun 2010 telah dirasmikan oleh Encik Hasnan bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) pada hari ini di tapak perhimpunan, SMK Benut bermula jam 8.00 pagi. Beliau turut merasmikan Wakaf Koperasi dan menanam pokok sebagai tanda pelancaran sambutan Hari Koperasi Sekolah.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Tema sambutan Hari Koperasi Sekolah kali ini ialah Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah.

Pada majlis tersebut juga, bacaan perutusan daripada Yang DiPertua Angkasa, YB Menteri Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan YB Menteri Pelajaran Malaysia turut dibacakan kepada para pelajar. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menjayakan majlis ini, iaitu pertandingan fotografi, senaman pagi, penanaman pokok, kuis hari koperasi sekolah, ceramah perbankan dan pameran. Semua warga SMK Benut dijemput untuk bersama-sama menyertainya.
                                                                                        
Warga SMK Benut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Koperasi SMK Benut Pontian Berhad yang banyak menyumbang dari aspek kewangan kepada pihak sekolah.

























No comments: