26 Sept 2010 – Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang berjaya mendapat NAIB JOHAN dan KETIGA dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) sempena Malaysia Inovatif meraikan kreativiti 2010 Zon Selatan yang telah diadakan di Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (UTHM) pada 24, 25 dan 26 Sept 2010.
Persatuan Sains dan Rekacipta SMK Benut telah menghantar 4 pasukan. Pasukan SMK Benut telah menerima wang tunai RM800.00 dan sijil penyertaan.
Berikut senarai nama pelajar dan kejayaan yang telah dicapai :
Kejayaan | Nama Pelajar | Tingkatan | Tajuk Rekacipta |
KETIGA | NURFARINA BINTI ZAINUDDIN MOHD SHAHARAZIF BIN BAHARUDIN | 4 IBNU RUSYD | MULTIFLEKSI II |
NAIB JOHAN | AMIRUL SUKRI BIN SALLEH ZUHAILA BINTI BACHOK NORLAILAH BINTI ZAINAL | 5 AL FARABI 4 IBNU SINA 4 IBNU SINA | WOODCLAY |
Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Encik Ruslan Bin Idris (Guru Pembimbing) ke atas kejayaan ini dan seterusnya kecemerlangan SMK Benut dalam pertandingan yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment