Monday, October 4, 2010

Majlis Restu Ilmu Calon-calon PMR 2010


4 Oktober 2010
– Majlis Restu Ilmu Calon-calon PMR 2010 telah berjaya diadakan di dataran perhimpunan SMK Benut. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Akademik .

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Sebelum itu, wakil pelajar saudara Mohd Syafiq bin Afandi dan Puan Faridah Binti Tahir (Penyelaras Akademik Tingkatan 3) telah menyampaikan ucapan.

Rasional majlis ini diadakan agar pelajar jelas dalam mindanya bahawa para guru redha dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi kejayaan cemerlang mereka. PMR yang bakal menjelang ada kalanya memberi tekanan kepada para pelajar. Semoga dengan adanya Majlis Restu Ilmu ini dapat meningkatkan semangat juang dan keyakinan pelajar untuk menghadapi PMR, insyaallah.

Seterusnya, majlis bermaaf-maafan dan memohon restu daripada para pelajar kepada para guru SMK Benut. Majlis seterusnya penyerahan alat tulis dan slip peperiksaan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua kepada guru-guru tingkatan. Majlis berakhir dengan taklimat peperiksaan daripada Puan Jamaliah binti Abd Rahim.

Warga SMK Benut mendoakan selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan bermula pada hari esok (5 Oktober – 12 Oktober 2010) dan mencapaik kejayaan yang cemerlang kepada diri, ibu bapa, guru-guru dan seterusnya SMK Benut. 






























No comments: