23 Disember 2010 – SMK Benut sekali lagi menerpa kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan seramai 13 orang pelajar daripada 224 orang yang mengambil peperiksaan PMR mendapat 8A manakala 4 orang pelajar mendapat 7A 1B.
Slip peperiksaan PMR telah diserahkan kepada para pelajar bermula jam 11.30 pagi di Sanggar Kokurikulum pada hari ini. Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Satu, SMK Benut) telah sudi menyampaikan slip PMR kepada para pelajar yang berjaya memperolehi 8A.
SMK Benut juga telah berjaya menerima Sijil Penghargaan Cemerlang dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian (PPD Pontian) kerana berjaya mendapat bilangan pelajar Perfect Score paling ramai mendapat 8A dalam peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010 antara sekolah-sekolah menengah Daerah Pontian, iaitu seramai 13 orang pelajar. Kami warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar Tingkatan 3 / 2010. Teruskan kecemerlangan SMK Benut...
Analisis keputusan keseluruhan pencapaian PMR Tahun 2010, sebanyak 67.86 peratus lulus semua mata pelajaran dan 2.70 peratus (Gred Purata Sekolah). Berikut analisis pencapaian mengikut mata pelajaran, iaitu
MATA PELAJARAN | CALON LULUS A+B+C+D | PERATUS LULUS |
BAHASA MELAYU | 220 | 98.2 |
BAHASA INGGERIS | 161 | 72.2 |
SEJARAH | 209 | 93.7 |
GEOGRAFI | 194 | 86.6 |
BAHASA CINA | 46 | 97.9 |
PENDIDIKAN ISLAM | 162 | 92.0 |
MATHEMATICS | 207 | 92.8 |
SCIENCE | 218 | 97.3 |
KHB-ERT | 44 | 100 |
KHB-PERT | 143 | 100 |
KHB-PK | 35 | 100 |
Berikut senarai pelajar yang berjaya mendapat 8A dan 7A1B.
BIL | NAMA PELAJAR | PENCAPAIAN PMR 2010 |
1 | LEE ZHI AN | 8A |
2 | LOH KAI HUI | 8A |
3 | MUHAMMAD AMIRUL ASRAF BIN YAKOB | 8A |
4 | ONG YING HOCK | 8A |
5 | SYUHADAH BINTI ABDULLAH | 8A |
6 | TAN XIN HAO | 8A |
7 | FARAH BINTI YUSOF | 8A |
8 | GAN SHU YAN | 8A |
9 | LOH SIN EE | 8A |
10 | LUA XIN YEN | 8A |
11 | NG JIE YI | 8A |
12 | NOR AZMIRA BINTI DOMAN | 8A |
13 | SHAIDATUL ADDILLA BINTI KHAMIS | 8A |
14 | TAN RUI YAO | 7A 1B |
15 | RAFIDAH BINTI ISA | 7A 1B |
16 | YEO YING SIN | 7A 1B |
17 | GOH XIN YING | 7A 1B |
Warga SMK Benut mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua tenaga pengajar SMK Benut dan khasnya kepada para pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan yang lulus semua mata pelajaran PMR 2010. Tingkatkan lagi pencapaian yang lebih cemerlang dalam peperiksaan yang seterusnya di peringkat SPM nanti. Kami bangga dengan kejayaan anda.
No comments:
Post a Comment