Tuesday, March 20, 2012

Lawatan Kerja Rasmi Tuan PPD Pontian



19 MAC 2012 – Perjumpaan Perhimpunan Mingguan Rasmi Minggu ke-11 pada hari ini di Dataran Baiduri begitu bertuah kerana telah menerima lawatan kerja rasmi Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian).

Beliau telah sudi menyampaikan ucapan dan amanat khas kepada warga SMK Benut terutama para pelajar. Antara intipati ucapan beliau ialah meminta semua murid dan pelajar menanamkan niat untuk menimba ilmu pengetahuan yang merupakan suatu perkara wajib dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Di samping itu, memastikan akhlak, sahsiah dan disiplin diri perlu dipertingkatkan serta pencapaian akademik yang cemerlang untuk mendapat sijil yang terbaik dalam peperiksaan yang diduduki nanti. Akhir sekali, beliau meminta semua murid dan pelajar bekerjasama dalam setiap perkara dan menanamkan nilai perpaduan antara satu sama lain.

Selesai perjumpaan perhimpunan mingguan, beliau dengan diiringi Encik Zulnuraini Bin Rahmat @ Haji Zohdi (PK Kokurikulum) telah membuat lawatan rasmi di persekitaran kawasan sekolah, kelas-kelas dan bilik-bilik khas.

Warga SMK Benut merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian) atas lawatan kerja rasmi di SMK Benut.














No comments: