Thursday, April 12, 2012

Kursus Membuat Coklat Persatuan KHB 2012



Pada hari Rabu, 28 Mac 2012, Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu telah mengadakan Kursus Membuat Coklat bertempat di Bilik Masakan, KHB, SMK Benut.

Kursus bermula jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 8.35 pagi (perjumpaan kokurikulum). Seramai 52 orang ahli persatuan telah turut serta dalam kursus ini.

Guru Penasihat Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu, iaitu Puan Hajah Asiah Binti Juli memaklumkan antara objektif kursus, iaitu meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan alatan dan kelengkapan dapur serta meningkatkan ilmu pelajar kearah keusahawanan.

Coklat yang telah siap dibuat telah dijual kepada warga sekolah. Wang tersebut dimasukkan ke dalam tabung persatuan.

















No comments: