Wednesday, July 18, 2012

Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2011 dan Hari Bertemu Pelanggan


18 JULAI 2012 – Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2011 telah berjaya dirasmikan oleh Encik Aros Bin Ibrahim (Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru) pada hari ini bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut. Seterusnya, telah sudi menyampaikan sijil dan piala kepada seramai 182 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2011.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk memberikan penghargaan dan seterusnya meraikan pelajar dalam bidang kurikulum terutama pencapaian cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2011 (kedudukan dalam kelas dan pencapaian terbaik setiap mata pelajaran) serta pencapaian terbaik dalam peperiksaan awam, iaitu PMR, SPM dan STPM.

Seterusnya, pihak sekolah turut mengadakan Majlis Hari Bertemu Pelanggan bagi membincangkan pencapaian akademik murid dan pelajar dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012 di kelas masing-masing.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang amat memberikan komitmen dan kerjasama dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. Semoga kerjasama ini diteruskan demi kecemerlangan SMK Benut.














No comments: