Thursday, August 28, 2014

"Morning Tea" , Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Raya



10 Ogos 2014: SMK Benut telah menganjurkan gabungan 3 program iaitu Program "Morning Tea", Program Hari Bertemu Pelanggan dan Program Sarana " Sambutan Aidil Fitri "

Aturcara dimulakan dengan Majlis "Morning Tea". Program ini dijalankan bagi membincangkan anak-anak pelajar cemerlang Tingkatan 3 dan 5. Dalam taklimat yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga, beliau menekankan agar pelajar yang terpilih ini akan terus menunjukkan momentum yang baik dan seterusnya dapat mengharumkan nama baik SMK Benut. Beliau juga memohon agar ibu bapa dan penjaga sentiasa mengawasi perkembangan prestasi anak-anak mereka.

Selesai majlis "Morning Tea" sekitar jam 11.00 pagi ibu bapa dibenarkan untuk mengunjungi kelas bagi membincangkan prestasi akademik anak-anak mereka dan setrusnya menikmati jamuan hari raya.















No comments: