Saturday, November 8, 2014

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2014

6 November 2014: Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
 
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Aktiviti membaca buku selama 34 minit dijalankan pada 10.00 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Di SMK Benut, pelancaran Kem Membaca 1Malaysia  telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladin Bin Masro di kelas 4 Ibnu Sina.

Walaupun secara rasmi kelas yang terlibat dalam aktiviti ini hanya melibatkan tingkatan 4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd serta sebahagian guru, namun seluruh warga sekolah turut menyertai secara tidak langsung. Semoga usaha yang murni ini akan memupuk semangat membaca warga SMK Benut. "We Are The Best"

No comments: