Sunday, September 13, 2015

Program COMBI sekolah-sekolah negeri Johor Darul Takzim

12 September 2015 (Khamis) : Negeri Johor merupakan negeri pertama yang menubuhkan pasukan COMBI di Peringkat  negeri dan negeri pertama yang melibatkan COMBI di peringkat sekolah. Beberapa sekolah dari setiap daerah telah dipilih untuk menyertai pasukan COMBI. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan rekod kes denggi di sekolah tersebut dan kawasan penempatan sekitarnya. Bagi darerah Pontian, sekolah yang terpilih adalah Smk Benut, Smk Ayer Baloi dan Smk Pekan Nenas. Taklimat program telah di adakan di Auditorium Bersekutu, Johor Bahru. Wakil COMBI dari Smk Benut disertai oleh GPK Hem Smk Benut En. Ariffin Bajuri, Cikgu Siti Hajar binti Harun guru penyelaras Pencegahan Denggi dan Pn. Nirhaslinda binti Salimin pekerja pembersihan. 

Program  "Communication for Behavioural Impact" (COMBI) merupakan strategi dan kaedah yang digunakan untuk memperkasakan masyarakat dalam usaha untuk membebaskan diri daripada penyakit Denggi. Program COMBI  digunapakai untuk semua lapisan masyarakat sejak dari peringkat sekolah sehinggalah kepemimpin atasan.

Program COMBI adalah berbentuk semangat kesukarelawanan. Pasukan sukarelawan COMBI sekolah akan ditubuhakan dan diberikan latihan tentang cara-cara pencegahan denggi seterusnya melaksanakan aktiviti mencari dn memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekolah yang dilaksanakan bersama para guru dan pelajar. Adalah diharapkan juga para pelajar ini akan menjadi agen perubahan tingkahlaku kepada ibubapa dan keluarga mereka untuk melakukan pemeriksaan tempat-tempat pembiakan nyamuk di kediaman masing-masing.



No comments: