Monday, October 12, 2015

Hari Sukan Negara
Smk Benut


10 Oktober 2015 (Sabtu) : lebih 1000 orang pelajar, guru dan kakitangan Smk Benut telah menyertai acara senam robik sempena sambutan Hari Sukan Negara di Tapak Perhimpunan Smk Benut. Aktiviti ini adalah bagi menyahut cabaran kerajaan supaya menjadikan sukan sebagai amalan hidup seharian semua rakyat. Objektif aktiviti ini adalah untuk menggalakkan warga Smk Benut supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas sekali gus dapat menghindari daripada pelbagai jenis penyakit bersesuaian dengan konsep Hari Sukan Negara untuk mentransformasikan bersukan sebagai satu budaya dan cara hidup rakyat Malaysia.
 
    Bersempena dengan Hari Sukan Negara kelmarin, Smk Benut telah mengadakan aktiviti 1000 langkah iaitu aktiviti berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Selain dari aktiviti berjalan kaki, terdapat juga aktiviti Permainan Tradisional seperti Galang Panjang, Baling Tin dan Baling Selipar bagi pelajar-pelajar Smk Benut yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.  Setiap aktiviti permainan tradisional terbahagi kepada dua kategori sahaja iaitu kategori lelaki dan perempuan sahaja untuk setiap tingkatan.

Bagi kategori Baling Tin (P) Johan dimenangi oleh Tingkatan 4 Ibnu Khaldun dan Naib Johan 4 Ibnu Sina. Manakala Kategori Baling Tin (L) Johan dimenangi oleh 4 Al Farabi dan Naib Johan oleh 4 Al Khindi. Bagi Kategori Galah Panjang (P) Johan dimenangi oleh Tingkatan 1 Ibnu Khaldun dan Naib Johan dimenangi oleh 1 Al Khindi. Manakala Kategori Galah Panjang (L) Johan disandang oleh Tingkatan 1 Khaldun dan Naib Johan disandang oleh 1 Al Farabi. Seterusnya pemenang bagi kategori Baling Selipar (L) Johan dimenangi oleh Tingkatan 2 Al Farabi dan Naib Johan Dimenangi oleh Tingakatan 2 Ibnu Rusyd. Manakala bagi kategori  Baling Selipar (P) Johan dimenangi oleh Tingkatan 2 Ibnu Sina dan Naib Johan dimenangi oleh 2 Ibnu Khaldun. 

    Semoga apa yang digarapkan oleh kerajaan membentuk sebuah masyarakat yang berbudaya sukan dan menikmati kehidupan secara sihat dan cerdas  menjadi realiti. Secara tidak langsung negara dapat melahirkan jaguh-jaguh sukan yang hebat sebagai penganti jaguh sukan yang sedia ada pada masa kini. We Are The Best.

















No comments: