Monday, May 9, 2016

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP): Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) SMK Benut Bersama Bank Islam


9 Mei 2016: Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif. 

Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. 

Atas inisiatif Pejabat Pendidikan daerah Pontian, kerjasama komuniti dari Bank Islam telah diwujudkan bagi menyahut cabaran PIBK. Tiga orang pegawai Bank Islam Cawangan Pontian dengan kehadiran bersama Pengurus Cawangan Pontian, En. Azman Bin Ngah dalam memberikan input berkaitan riba dan pengurusan kewangan dalam perbankan secara islam telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie SMK Benut.

Majlis dimulakan dengan pembentangan berkaitan PIBK SMKB oleh setiausaha PIBK, En. Md. Anishak. Dalam pembentangan tersebut, beliau mendedahkan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun oleh ibu, bapa dan komuniti terhadap sekolah bagi memastikan kecemerlangan sekolah. 

Seterusnya sebagai simbolik kerjasama Bank Islam bersama SMKB, acara memotong reben telah disempurnakan oleh En. Ariffin (GPK HEM) selaku wakil rasmi Tuan Pengetua SMKB.










No comments: