Monday, July 31, 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKB 2017

Pada hari Ahad , 23 Julai 2017 - SMK Benut telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan yang turut hadir seperti mantan Pengetua SMK Benut, En Mastura Aladdin bin Masro serta guru-guru yang telah berpindah .

Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagmalam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Mohd Arbain bin Sapuan. Majlis kemudian disambung dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Selepas bacaan doa, majlis memberi laluan kepada jamuan makan.

Semua warga SMK Benut kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan. Antara juadah yang dihidangkan pada majlis tersebut adalah seperti, ketupat, rending, ayam masak merah, mee hoon sup, laksa dan pelbagai jenis hidangan lagi yang mana banyak disumbang oleh guru-guru dan staf SMKB.

Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan. Diharap majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan seluruh warga SMK Benut terutama dalam bulan baik ini.


Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :

























No comments: