Wednesday, September 27, 2017

Aktiviti COMBI SMK Benut 2017

27 September 2017: Aktiviti "Evaluation of Communication for Behavioral Impact (COMBI)" SMK Benut telah diadakan dengan menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar. Aktiviti ini merupakan anjuran Pusat Kesihatan Pontian dengan kerjasama Skuad COMBI sekolah. Semua murid tingkatan 4 seramai 151 orang telah terlibat untuk menjayakannya.

Aktiviti gotong royong ini dibahagikan kepada 4 zon dengan setiap kumpulan mengandungi 10 orang murid. Mereka dikehendaki membersihkan kawasan berisiko sebagai tempat pembiakan nyamuk. Untuk lebih menarik lagi, kumpulan yang berjaya mengutip bahan-bahan yang dikategorikan sebagai bahan yang boleh menjadi tempat pembiakan nayamuk yang paling banyak akan diberikan sebuah hamper.

Kerjasama yang diberikan oleh semua murid amat menggalakkan sekali. Semoga semua murid yang terlibat akan memahami keperluan membersihkan kawasan dan seterusnya akan mengurangkan kebarangkalian demam denggi.





















No comments: