Thursday, January 18, 2018

Majlis Semaian Budi Semarak Kasih

Pada tanggal 17 Januari 2018, sebuah Majlis Semaian Budi Semarak Kasih telah diadakan untuk meraikan perpindahan En Ariffin bin Bajuri, Tn Hj Saparudin bin Lahasan, En Hazim bin Siron, dan Pn Noor Zahidah bt Hamzah ke sekolah baru. Majlis perpisahan ini diadakan di dua tempat iaitu di Dewan Baiduri, SMKB bersama murid-murid dan jamuan perpisahan d Sanggar Kokurikulum, SMK Benut. 4 orang guru ini telah berpindah ke :

1)      En Ariffin bin Bajuri                           - SMK Sri Kukup
2)      Tn Hj Saparudin bin Lahasan             - SMK Sri Perhentian
3)      En Hazim bin Siron                             - SMK Sri Tanjung
4)      Pn Noor Zahidah bt Hamzah              - SMK Telok Kerang

Pada jam 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan masuk tetamu-tetamu yang diraikan ke dalam Dewan Baiduri. Majlis yang dipengerusikan oleh Pn.Hanipah Bte Rosli ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin untuk memberkati majlis. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengetua SMK Benut, Pn Hjh Rohani bt A.Manaf. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha guru-guru yang berpindah telah disentuh. Seluruh warga SMKB sangat berterima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan di sekolah ini sepanjang keempat-empat guru berkhidmat.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan. Ucapan dimulakan oleh  En Ariffin bin Bajuri diikuti oleh Tn Hj Saparudin bin Lahasan, En Hazim bin Siron, dan Pn Noor Zahidah bt Hamzah. Masing-masing menceritakan suasana di sekolah baru juga meminta maaf atas segala kesilapan sepanjang berada di sekolah ini. Sesi ucapan disambung dengan acara penyampaian hadiah kepada yang diraikan. Antara yang memberi hadiah pada majlis tersebut adalah seperti Koperasi, PIBG, KEBIRU, Pentadbir, Staf Sokongan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bidang Bahasa, Bidang Sains & Matematik, Bidang Kajian Kemasyarakatan, Bidang Teknik & Vokasional, Guru-Guru Tingkatan 6 dan juga hadiah perseorangan. Majlis perpisahan di sekolah diakhiri dengan acara bersalam-salaman antara yang diraikan bersama seluruh warga SMK Benut. Majlis diiringi dengan linangan airmata tanda kesedihan atas perpisahan bersama dengan 4 orang guru yang sangat komited. Murid-murid bersurai untuk solat berjemaah bersama-sama.

Majlis perpisahan ini disambung semula pada jam 2.30 petang di Sanggar Kokurikulum, SMK Benut.  Majlis yang dipengerusikan oleh Pn.Hanipah Bte Rosli diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin untuk memberkati majlis. Majlis memberi laluan kepada sesi jamuan makan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan empat orang guru yang diraikan. Dalam ucapan yang diraikan, guru-guru ini mengambil kesempatan meminta maaf atas segala kekhilafan sepanjang berkhidmat di SMKB. Guru-guru ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang berada di SMKB. SMKB sentiasa dalam ingatan dan berharap untuk dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang guru dengan jayanya. Majlis berakhir dengan sesi bergambar antara empat orang guru yang diraikan bersama dengan guru-guru dan staff sokongan SMKB. Majlis berakhir pada jam 4 petang.


Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis. Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan sepanjang hayat.


 



















No comments: