Monday, March 12, 2018

Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Benut Kali ke-40


TARIKH :  10 Mac 2018 (SABTU)
MASA : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-40 ini telah dilaksanakan pada 10 Mac 2018 (Isnin) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hj Ahmad bin Hj Maslan. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu.
OBJEKTIF

·         Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
·          Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.
·          Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
·          Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

RINGKASAN MAJLIS

Pendaftaran ibu bapa dan ketibaan tetamu jemputan bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di ikuti penyampaian hadiah dan sijil bagi murid cemerlang setiap tingkatan. Selepas ketibaan perasmi, majlis disambung semula dengan ucapan pengetua diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hj Ahmad bin Hj Maslan.

Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40. Antara agenda mesyuarat tersebut ialah membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun 2017, membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2017, membahaskan usul, ucapan penangguhan dan pelantikan ahli PIBG yang baru. Mesyuarat Pibg kali ini diakhiri dengan acara cabutan bertuah.

Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”.














No comments: