Sunday, May 20, 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2018 PERINGKAT SEKOLAH



Tarikh : 16 Mei 2018 (RABU)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Baiduri, SMK Benut
Tema Hari Guru 2018 : “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”
Tema Pakaian : “Back to School”

Sempena Hari Guru tahun ini, berbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan mengiktiraf jasa dan khidmat guru-guru yang mendidik murid-murid tanpa jemu. Di antara aktiviti menarik ialah persembahan murid-murid, acara sukan untuk guru, pertandingan bowling double, pertandingan permainan badminton, pertandingan memasak mi segera dan kembali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah oleh semua guru SMK Benut.

Semua guru dan staf sekolah masing-masing telah menerima cenderahati dari  Badan Pengawas SMK Benut. Selesai majlis sambutan di sekolah, semua guru-guru dijamu dengan makan tengahari di  Sanggar Koko, SMK Benut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KEBIRU dan Badan pengawas sekolah ini kerana telah menganjurkan Hari Guru peringkat sekolah pada kali ini dengan jayanya.


  




 
 
 
 

 
 


 
 

 
 



 






 SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

“GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”



TERIMA KASIH CIKGU

No comments: