Wednesday, August 8, 2018

Latihan Kebakaran SMK Benut 2018


TARIKH : 8 Ogos 2018 (RABU)
MASA : 8.30 pagi hingga 10.10 pagi
TEMPAT : Padang, SMK Benut



 Pada 8 Ogos yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah menjalankan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.10 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Semua warga SMK Benut terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
              Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Penerangan tentang aktiviti ini disampaikan oleh En Abd Khalil bin Mohd Masri selaku penyelaras unit kebakaran sekolah. Murid-murid kemudiannya melihat demonstrasi menyelamatkan mangsa dan memadam kebakaran sebagai pendedahan tentang cara-cara menangani kebakaran dengan betul.
Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SMK Benut sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.



























No comments: